Blog Penulis Yg Saya Baca

Ini adalah blog cerita-cerita online yang saya suka baca dan sentiasa tunggu sambungannya. Minta maaf, bukan semua cerita sempat saya baca... Saya create blog ni untuk memudahkan saya jenguk blog-blog yang saya dah baca. Juga untuk mengelakkan saya terlupa. Mana yang baru saya jumpa, saya akan follow dan masukkan dalam blog saya ni. Ada yang dah masukkan tapi belum sempat baca.. soryy.. Sebab baca bila sempat je.. :-)

Mana yang saya dah beli novelnya saya akan pindahkan ke sebelah kanan...

#Pray4MH370# 8/3/2014 - xxxx

Novel online yg ingin dibeli

  • Apam Balik Nutella - Hany Nafisya
  • BMW - Ain Syuhada
  • Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
  • Bila Blogger Jadi Maid - Zati Mohd
  • Bisikan Kata Hati - Dila Dyna
  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi
  • Ceritera Bulan Madu - Dalia Na Za
  • Cinta Bersaiz XXL - Aliesha Kirana
  • Cinta Halal - Orkid Edelyline
  • Cinta Tak Sempurna - East Cinta
  • Dia Suamiku - Ishatasya
  • Housemate - Hawashima
  • Iklil Hafiya - Hany Nafisya
  • Kahwin Ganti - Aifa Batrisya
  • Kampung Girl - Umi Kalsom
  • Kemelut di Muara Rindu - Dhiya Lavandula
  • Kerana Sekali Cinta -Rehan Makhtar
  • Khilaf Semalam - Farrah Hannan
  • Menantu Datin Izzah - Alina Haizar
  • Musuhku Suamiku - Zuera Rasiddin
  • Namamu Terpahat di Hati - Dalya Amira
  • Pelangi Cinta Buat Suami - Acik Lana
  • Perangkap Cinta - Hayati Mat Salleh
  • Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana
  • Qaseh Nuralia Imani - Arin Anida
  • Queen Control - Ilya Abdullah
  • Rahsia Hati - Azimah Lily
  • Sampai Bila - Ana Sofiya
  • Seharum Rindu Semanis Iman - Hawashima
  • Semalam Yg Ku Tinggalkan - Laila Hanni
  • Sesaat Cukup Bagiku - Laila Hanni
  • Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar
  • Terlerai Kasih - Rehan Makhtar
  • Untuk Dia & Subhanallah Aku Mencintainya - Rehan Makhtar

Khusyuk Membaca :-)

Novel Bukan Online Ingin Dimilikki

  • Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana
  • Tolong Ingatkan Aku - Mimie Afinie

Wednesday, April 30, 2014

Haiza Najwa luah perasaan dalam novel

Oleh : Zaiton Abdul Manaf
27 Disember 2012
Sinar Harian

MENULIS ibarat terapi bagi menutup keresahan tatkala hati mengingati insan tersayang yang pergi tak kembali. Separuh jiwanya bagai turut sama pergi, namun anak-anak menjadi sumber kekuatan dan pembakar semangat untuk bangkit kembali.

Lima tahun pertama dia menyibukkan diri dengan aktiviti menulis bagi melupakan kesedihan. Kepulangan suami ke rahmatullah akibat penyakit kanser ternyata bukan mudah untuk diterima ibu kepada Andy, 27, Fitrina, 26, Farah Iman, 24, Faisal Redza, 21 dan Nurun Ain, 13.
Ditambah pula pemergian itu berlaku terlalu drastik.

Cerita Haiza Najwa bt Mahyudin, sakit kepala yang selama ini menyerang arwah suami disangka migrain rupa-rupanya petanda penyakit yang cukup menggerunkan. Hanya selepas beberapa kali melakukan pemeriksaan barulah diketahui punca sebenar.

Namun segalanya sudah terlambat bila doktor mengesahkan kanser yang menyerang sudah berada tahap empat dan jangka hayat sang suami ketika itu hanya tinggal enam bulan.

“Bayangkan perasaan saya ketika diberitahu hal tersebut, hari-hari saya menangis mengenangkan suami yang bakal meninggalkan kami. Tetapi arwah suami seorang yang cukup kuat dan tabah. Kata suami, itu semua dugaan dari Yang Maha Esa dan siapa kita yang mahu menolak takdir tersebut.

“Arwah juga banyak memberi saya kekuatan sedangkan ketika itu dia yang sakit. Katanya, doktor hanya boleh meramalkan tetapi hanya Tuhan yang berkuasa untuk menghidup dan mematikan hamba-Nya.

“Saya berpegang kepada kata-kata arwah ketika itu dan saya masih ingat lagi saat terakhir arwah memegang tangan saya seolah-olah tidak mahu lepas sambil tersenyum. Tidak sangka, itu merupakan petanda dia mahu meninggalkan kami semua.

“Malah, saya masih ingat lagi pertanyaan dia, bolehkah orang yang meninggal dunia melihat apa yang dilakukan oleh mereka yang masih hidup,”ujar Haiza Najwa sambil menahan sebak tatkala menceritakan saat-saat terakhir bersama suami tersayang sebelum dia koma selama dua hari dan menghembuskan nafas terakhir..


Arwah suami sempat dakap novel pertama

Tambah Haiza lagi, sokongan arwah suamilah yang membolehkan dia terbabit dalam bidang penulisan novel. Setakat ini, dia sudah menghasilkan lebih 11 buah novel.

Antaranya termasuklah Kalimah Jiwa, Sentuhan Cinta, Ilusi Hati, Ku Mohon Kasih, Tak Seindah Impian, Aku Yang Menanti, Jangan Ganggu Lenaku dan banyak lagi.

“Sebelum ini saya pernah bekerja, tetapi selepas mengandung anak sulung suami meminta saya berhenti kerja. Apabila arwah suami disahkan menghidap kanser, dia mencadangkan supaya saya menulis kerana dia tahu itu minat saya.

“Alhamdulillah, arwah sempat mendakap ke dada buku pertama hasil nukilan saya dan belum sempat buku kedua siap, arwah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Waktu itu, saya menulis dengan penuh perasaan dan apa saja yang saya rasa, diluahkan di dalam buku tersebut,”ujarnya.

Sambung Haiza setiap hari rutinnya menulis bermula selepas solat Isyak hinggalah ke awal pagi. Tiada rasa lenguh jauh sekali penat. Selama lima tahun, itulah rutin dirinya sehinggalah hati makin sembuh dan boleh menerima kenyataan suaminya sudah tiada.

“Bayangkan, ketika arwah pergi, anak bongsu saya baru tujuh tahun manakala anak ketiga bakal menduduki peperiksaan. Walaupun keputusannya tidak sebaik PMR yang berjaya memperoleh semua A, tetapi dia berjaya juga melanjutkan pengajian ke universiti.

“Mungkin berkat doa yang membuatkan anak-anak saya berjaya. Saya bersyukur anak-anak dapat menerima kepergian ayah mereka. Cuma si bongsu agak rapat dengan arwah. Boleh dikatakan, perangai arwah banyak turun kepada anak bongsu kami.

“ Jadi selepas pemergian arwah, anak bongsu tidur berbantalkan lengan saya. Selepas memasuki tingkatan tiga, barulah anak bongsu tidur sendiri,”jelas Haiza yang memanggil arwah suami dengan panggilan ‘Along’ sambil memberitahu arwah seorang yang romantik dan cukup penyayang orangnya.

Jangan menangis depan anak

Selain itu, Haiza mengakui hanya Allah tempat untuk dia mengadu dan waktu itu dia merasakan diri cukup dekat dengan-Nya dan segala rasa dicurahkan kepada Tuhan setiap kali sujud pada-Nya.

“Percaya pada qada dan qadar dan menjadikan Dia sebagai tempat mengadu adalah terapi terbaik selain menulis. Malah, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jika suami masih hidup, pasti saya masih lagi bergantung pada dia tanpa kenal erti berdikari.

“Saya takkan tahu akan bakat menulis yang Tuhan anugerahkan buat saya. Selain menjadi terapi buat saya, menulis juga turut menjana pendapatan dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang,”ujarnya yang sempat menitipkan nasihat buat ibu-ibu tunggal di luar sana, jangan duduk dan meratap hiba.

“Kita kena sedar, setiap apa yang kita miliki adalah ‘pinjaman’ dari-Nya. Apabila sampai masa Dia mengambil kembali, kita harus redha. Untuk mengelakkan kesedihan, cuba ‘larikan’ seketika minda dengan melakukan perkara-perkara lain.

“Tetapi itu bukan bermakna kita melupakan, sebaliknya kehidupan harus diteruskan. Biar sedih mana sekali pun, jangan sesekali menangis di hadapan anak kerana itu akan membuatkan mereka lemah. Tunjukkan kita kuat dan tabah dan begitulah cara saya menyalurkan kekuatan kepada anak-anak,”ujar Haiza.

Ditanya sama ada pernah dirisik selepas kematian suami, Haiza hanya ketawa kecil sambil mengakui bukan tiada yang mahu mendekati, tetapi dia lebih selesa dengan kehidupan bersama anak-anak.

“Bagi saya perkahwinan hanya sekali seumur hidup bagi seorang wanita. Itulah pegangan saya sehinggalah ke hari ini. Walaupun arwah sudah meninggalkan saya, namun saya tetap merasakan saya masih isteri orang.

“Ini kerana, saya bukannya diceraikan sebaliknya arwah meninggal dunia. Memang ada yang ingin mendekati, tetapi pada saya cukuplah setakat ini dan saya selesa dengan kehidupan sekarang,”seloroh Haiza yang turut membangunkan sebuah portal novel, Cintai Novel Malaysia-Novel Cermin Hidup terbuka buat mereka yang berminat untuk mengetengahkan hasil karya kreatif masing-masing.

Monday, April 28, 2014

'Aku Isterinya' Jadi Tajuk Drama Gara-Gara Bahasa Rojak

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my
Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014
Sumber : mStar Online

PETALING JAYA: Pengarah drama iaitu Fairuz Loy akur dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila tajuk asal kisah adaptasi novel tulisan Acik Lana berjudul "Aku Bukan Mistress" terpaksa ditukar kepada Aku Isterinya.

Fairuz berkata, campuran bahasa Malaysia dan Inggeris pada judul novel berkenaan adalah alasan utama mengapa ia tidak boleh digunakan kerana tidak mahu menggalakkan penggunaan bahasa 'rojak' dikalangan masyarakat negara ini.

"Biarpun ia memberi sedikit kesan kepada drama ini terutamanya kepada pembaca novel asalnya namun pihak kami akur dengan arahan dikeluarkan oleh pihak kementerian dan memilih Aku Isterinya sebagai tajuk ganti," katanya kepada mStar Online.

Drama 28 episod itu bakal menemui penonton menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam bermula 31 Mac ini.

Aku Isterinya menggandingkan Izzue Islam dan Anzalna Nasir sebagai watak utama dan turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin, Niniswara, Mardiana Alwi, Syatila Melvin dan Zaidi Omar.

Dalam pada itu, Fairuz berkata, bagi menjaga sensitiviti masyarakat terutamanya mereka yang beragama Islam, pihaknya turut mengolah dan membataskan beberapa adegan intim yang terdapat dalam novel asalnya.

Dia juga menggunakan kaedah lain selain memberikan gambaran paling hampir kepada adegan intim yang ingin divisualkan kepada penonton.

"Dalam novel asal terdapat banyak adegan-adegan yang menceritakan tentang keintiman dua watak utamanya dan agak sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk visual kerana ia agak keterlaluan.

"Bagaimanapun kami mengambil langkah untuk mengurangkan babak berkenaan selain banyak menggunakan bahasa tubuh dan dialog tertentu bagi menggambarkan keadaan berkenaan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan dua pelakon utamanya iaitu Izzue Islam dan Anzalna Nasir yang mempunyai masalah di set penggambaran, Fairuz berkata, dia tidak berhak untuk bercakap bagi pihak mereka namun tidak menafikan ada wujud konflik seperti mana didakwa.

Pun begitu kata Fairuz, baik Izzue mahupun Anzalna mereka memberikan terbaik dan bersikap profesional dalam menyiapkan drama berkenaan yang menjalani penggambaran selama 75 hari.

Aku Isterinya mengisahkan Mya Arlissa (Anzalna) yang dirogol oleh bapa saudaranya sehingga menjadi bahan kutukan masyarakat di kampung halamannya.

Dia kemudiannya diselamatkan oleh Mikail (Izzue) semasa melarikan diri ke Kuala Lumpur pelbagai kejadian berlaku sejak Mya bertemu lelaki berkenaan.

Friday, April 25, 2014

Stephenie Meyer, mimpi jadi realiti

Oleh : ARLISSA MOHAMMAD KAMAL
22 April 2014
mStar Online

KEHIDUPAN pengarang novel bersiri puntianak popular, The Twilight Saga ini berubah secara dramatik pada Jun 2003.

Siapa sangka mimpi mengenai kisah cinta antara puntianak dan manusia dialaminya akhirnya direalisasikan menerusi novel bersiri, Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn yang terjual lebih 100,000 juta salinan di seluruh dunia.

Stephenie Meyer yang tersenarai sebagai antara penulis meraih jualan tertinggi oleh New York Times ini juga disebut sebagai bakal pengganti JK Rowling yang merupakan pengarang novel bersiri kanak-kanak terkenal, Harry Potter.

Kehidupan awal

Stephenie Meyer dilahirkan pada 24 Disember 1973 di Hartford, Connecticut, namun beliau dibesarkan oleh ibu bapanya, Stephen dan Candy Morgan bersama lima adik beradiknya yang lain di Phoenix, Arizona.

Meyer mendapat pendidikan di Chaparral High School di Scottsdale sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Brigham Young di Provo, Utah dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Bahasa Inggeris pada 1997.

Wanita ini melangsungkan perkahwinan dengan teman sepermainannya semenjak kecil, Christian ketika masing-masing berumur 21 tahun pada 1994 dan pasangan bahagia itu dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.

Bidang kesusasteraan bukan minat utama Meyer kerana beliau pernah berhasrat mengambil jurusan undang-undang, namun fikirannya berubah selepas kelahiran anak sulungnya.

Wanita tersebut memutuskan untuk memberi sepenuh perhatian kepada anaknya selain bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah firma hartanah.

Mimpi pencetus idea

Beliau pertama kali mendapat idea menulis selepas bermimpi mengenai kisah cinta dua dunia berbeza antara seorang gadis dan puntianak.

Mimpi itu diterjemahkan ke atas kertas dan kisah cinta dramatik itu akhirnya menjadi novel lengkap dalam tempoh tiga bulan.

Pada awalnya, beliau tidak berhasrat menerbitkan novel Twilight kerana ia hanya untuk mengisi masa lapangnya.

Tetapi, kakaknya memberi reaksi positif selepas membaca kisah cinta tersebut dan berpendapat ia wajar diterbitkan.

Sebelum meraih populariti, Meyer berdepan pelbagai cabaran termasuk manuskripnya ditolak syarikat penerbitan yang meragui hasil kerjanya pada ketika itu.

Selepas beberapa kali ditolak, karya Meyer akhirnya diterima oleh Jodi Reamer daripada syarikat penerbitan Writers House.

Pada 2003, acara lelongan terpaksa diadakan selepas lapan penerbit buku berebut untuk mendapatkan hak bagi menerbitkan Twilight.

Beberapa bulan selepas itu, Meyer menandatangani kontrak untuk tiga novel bernilai AS$750,000 (RM2.4 bilion) bersama Little, Brown and Company.

Sebanyak 75,000 salinan Twilight dikeluarkan pada 2005 dan ia menduduki tangga kelima novel terlaris untuk Children's Chapter Book yang disenaraikan New York Times dalam tempoh beberapa bulan selepas ia berada di pasaran.

Susulan daripada kejayaan Twilight, beliau menghasilkan tiga lagi siri novel terbabit; New Moon (2006). Eclipse (2007) dan Breaking Dawn (2008).

Siri ketiga novel tersebut, Eclipse berjaya mengetepikan novel Harry Potter and the Deathly Hallows selepas ia berada di pasaran pada musim panas 2007.

Ia sekali lagi melonjakkan nama Meyer dan hasil karya beliau turut dipasarkan di lebih 26 negara selain menduduki tangga teratas jualan keseluruhan.

Pencapaian luar biasa itu menyebabkan siri terakhir, Breaking Dawn dicetak sebanyak 3.7 juta salinan dan lebih 1.3 juta berjaya dijual pada hari pertama ia dipasarkan.

Novel tersebut melayakkan Meyer meraih British Book Award, sekali gus mengetepikan novel The Tales of Beedle the Bard hasil karya JK Rowling.

Sumber inspirasi

Wanita ini mendakwa beliau mendapat ilham daripada beberapa novel seperti Jane Eyre dihasilkan oleh Charlotte Bronte dan Anne of Green Gables hasil karya L M Montgomery.

Difahamkan, beberapa karya sastera klasik turut memberi inspirasi kepada Meyer dalam menghasilkan keempat-empat novelnya.

Selain membaca buku, muzik juga banyak memberi pengaruh dalam hasil tulisannya dan siapa sangka penulis novel cinta tersebut menggemari Muse, Blue October, My Chemical Romance, Coldplay serta Linkin Park.

Dari novel ke layar perak

Sambutan luar biasa menarik minat beberapa syarikat produksi filem dan Summit Entertainment akhirnya mendapat hak cipta untuk mengadaptasi novel Twilight pada April 2007.

Filem lakonan Kristen Stewart (Bella Swan), Robert Pattinson (Edward Cullen) dan Taylor Lautner (Jacob Black) tersebut diarahkan oleh Catherine Hardwicke manakala skripnya diolah semula oleh Melissa Rosenberg.

Filem susulan diarahkan beberapa pengarah berbeza turut dihasilkan dalam tempoh 2008 hingga 2011 dan Breaking Dawn: Part 2 telah menjadi sekuel terakhir dalam siri Twilight tersebut.

Selain Twilight, sebuah lagi novel karya Meyer, The Host turut dibawa ke layar perak pada Mac tahun lalu.

Filem bergenre romantik thriller dan sci-fi tersebut diarahkan oleh Andrew Niccol dan dibintangi oleh Saoirse Ronan (Melanis Stryder), Max Irons (Jared Howe) dan Jake Abel (Ian O'Shea).

Trivia

*Meyer turut menghasilkan koleksi cerpen seperti Prom Nights from Hell (2007) dan novel setebal 200 muka surat berjudul The Short Seconf Life of Bree Tanner (2010).
*Gemar mengumpul foto kenangan bersama keluarga.
*Pernah bekerjasama dengan syarikat Hobo Skate untuk sesi lelongan papan selaju bertemakan novel The Host untuk tujuan amal.
*Turut bergelar penerbit filem dan membuka syarikat penerbitan Fickle Fish Films.
*Disenaraikan sebagai Author of the Year oleh USA Todays, Wanita Paling Berpengaruh oleh MSN Lifestyle dan menduduki tangga ke-49 dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh majalah Time pada 2008.

Monday, April 21, 2014

Adaptasi novel

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Sumber : Utusan Malaysia

JIKA ada orang yang bercerita atau membuat ulasan drama yang ditonton semalam sambil menikmati sarapan pagi, itu tandanya drama tersebut menarik.

Begitu juga jika ada yang tidak mahu keluar rumah takut ketinggalan mengikuti drama bersiri, sudah pasti drama yang ditonton itu lebih kuat pengaruhnya berbanding tarikan lain.

Antara drama yang menjadi bualan hangat penonton tempatan ketika ini adalah Trilogi Cinta 2 yang disiarkan setiap Khamis - Jumaat , 10 malam, TV1 dan drama bersiri Adam dan Hawa, pukul 10 malam, setiap Isnin - Khamis, Astro Mustika HD.

Drama terbitan Suhan Movie & Trading dan Global Station Sdn. Bhd., itu diadaptasi daripada novel terlaris tulisan Sharifah Abu Salem dan Aisya Sofea.

Ada juga yang berpendapat tindakan mengadaptasi novel ke layar kaca atau perak adalah sebagai jalan mudah meraih keuntungan kerana novel berkenaan sudah ada pengikut tersendiri.

Secara tidak langsung pengikut novel tersebut pasti memberi sokongan dengan hadir ke pawagam atau menjadi penonton setia di hadapan kaca televisyen (TV) sebaik novel tersebut dipersembahkan dalam bentuk audio visual.

Selain itu, penerbit juga tidak perlu bersusah payah mencari skrip untuk dijadikan jalan cerita kerana secara dasar plot cerita sudah ada.

Untuk mengetahui benarkah penerbit meraih keuntungan cara pintas atau tidak, Mega berkesempatan menemu bual Rosyam Nor dan Zetty Adila Ramly.

Keuntungan bersama

Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 45, selaku penerbit Suhan Movies & Trading berkata, tidak ada istilah 'siapa guna siapa' untuk meraih keuntungan.

"Ia adalah situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Secara kasar orang nampak penerbit mengambil kesempatan di atas populariti novel tetapi sebenarnya penulis dan penerbit novel juga ada bahagian masing-masing.

"Penulis pasti gembira kerana karyanya yang dihasilkan dalam bentuk buku kini dipersembahkan secara audio visual. Malah ia juga merupakan satu promosi baru untuk jualan novel tersebut," katanya.

Tambahnya, jika drama itu mendapat sambutan, sudah pasti penonton akan berusaha mencari novel pula. Situasi itu memungkinkan novel berkenaan dicetak semula rentetan daripada populariti drama atau filem yang diterbitkan.

Pemegang watak Razif dalam Trilogi Cinta 2 arahan Amie Maziah sebelum ini pernah mencatat kejayaan membanggakan apabila drama Trilogi Cinta meraih rating hampir dua juta penonton ketika disiarkan di TV1.

Kata Rosyam, jika musim pertama drama digarap berdasarkan gabungan tiga novel karya Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi namun untuk Trilogi Cinta 2, sebaliknya.

"Untuk Trilogi Cinta 2, skrip drama dijadikan novel. Saya beruntung kerana penulis novel dan penulis skrip adalah orang yang sama. Kak Pah (Sharifah) tahu apa yang hendak diolah semula mengikut kehendak pengarah.

"Kalau sewaktu penggambaran ada perubahan pada skrip, Kak Pah akan dimaklumkan agar penulisan novelnya selari dengan skrip drama," jelasnya tentang novel Trilogi Cinta.

Bercakap mengenai adaptasi novel kepada drama, Rosyam berkata, apa yang dilakukan sebelum ini tidak banyak berbeza kerana dia cuba sebaik mungkin untuk tidak menghilangkan ciri-ciri ketulenan penulisan penulis berkenaan.

Katanya, jika sebelum ini pembaca hanya membayangkan apa yang berlaku mengikut imaginasi masing-masing namun sebaik dijadikan drama atau filem senario itu dapat dilihat dengan jelas.

"Setiap orang mempunyai imaginasi yang berbeza malah ia pasti tidak sama dengan apa yang ditulis penulis. Menerusi drama, kita dapat melihat karakter sebenar watak yang dibayangkan selama ini.

"Kalau sebelum ini sambil membaca, pembaca akan bayangkan wajah Razif tapi bila dibuat dalam bentuk drama, orang sudah tahu Razif adalah Rosyam," jelasnya.

Tambahnya, populariti sebuah novel juga tidak boleh menjamin drama yang diterbit akan mendapat sambutan ramai atau 'meletup'.

Kata Rosyam, beruntungnya menerbit drama yang diadaptasi kerana novel itu sendiri sudah ada tapak atau pengikut.

"Sebenarnya tidak mudah menerbit drama adaptasi ini kerana ia perlu dibuat dua kali lebih baik daripada sedia ada. Kalau drama dihasilkan tanpa menitik berat soal kualiti, peminat novel yang sedia ada mesti marah.

"Pemilihan barisan pelakon juga penting kerana penampilan mereka harus bersesuaian dengan watak yang digarap oleh penulis," katanya.

Hanya yang terbaik

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Global Station Sdn. Bhd., Zetty Adila Ramly, 26, berkata, setakat ini pihaknya telah memilih tujuh novel untuk diadaptasi.

Novel-novel pilihan adalah Jauh, Manisnya Cinta, Kau Yang Satu, Tiada Yang Kedua, Kau Untukku, Bayangan Rindu serta Adam dan Hawa yang sedang hangat disiarkan di Astro Mustika HD.

Katanya setiap novel yang dipilih dibuat berdasarkan jualan terlaris di pasaran dan drama yang sudah disiarkan adalah Tiada Yang Kedua lakonan Ayu Raudhah dan Pierre Andre serta Kau Untukku gandingan Remy Ishak bersama Dira Abu Zahar.

"Kami baru sahaja selesai penggambaran drama Jauh, karya Aisya Sofea yang diarah oleh Bade. Antara pelakonnya adalah Fouziah Ghous, Adi Putera dan Anzalna.

"Setip novel yang dipilih menampilkan pengarah yang berbeza. Macam Kau Untukku diarah oleh James Lee, Tiada Yang Kedua, arahan Piere Andre, Manisnya Cinta (Bernard Chauly) dan Kau Yang Satu (Osman Ali)," ceritanya panjang lebar.

Kata Adila, memandangkan novel itu sudah ada pengikut, jadi pihaknya sentiasa teliti dalam menterjemahkan setiap baris ayat yang digarap penulis.

Bagi menjaga keaslian karya asal novel berkenaan, boleh dikatakan hampir 90 peratus daripada dialog atau latar belakang drama Adam dan Hawa dibuat berdasarkan novel.

"Setiap drama yang dihasil berdasarkan novel tidak boleh diubah sesuka hati. Contohnya untuk Adam dan Hawa, penulis Aisya sentiasa berada di lokasi sewaktu penggambaran.

"Penulis skrip Rozie Rashid sentiasa merujuk kepada Aisya agar apa yang dihasil tidak tersasar jauh daripada isi novel. Kami mahu mengekalkan keaslian. Malah pengarah Mohamed Feroz Kadir juga meminta pandangan penulis novel," ceritanya.

Menurut Adila, setakat ini pihaknya mendapat reaksi positif daripada penggemar novel Adam dan Hawa yang sekali gus menjadi pengikut drama tersebut kerana tidak banyak perubahan.

Katanya, Global Station sanggup melabur banyak untuk drama 80 episod yang disiarkan selama setengah jam itu demi menjaga kualiti dan keaslian karya Aisya Sofea.

"Para pelakon yang dipilih mesti mirip dengan gambaran perwatakan penulis novel. Begitu juga lokasi, penggambaran dilakukan di Perth, Australia, Mekah dan Madinah.

"Alhamdulillah, kesemua pelakon yang terbabit dalam drama ini memberi komitmen baik dan sedia turun padang untuk membuat promosi," jelasnya.

Menurut Adila, bagi memastikan drama tersebut berjaya memikat hati penonton, lagu tema berjudul Muara Hati, ciptaan Manusia Putih dirakam oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7.

Untuk ciptaan itu, pihaknya telah memberi skrip kepada Manusia Putih atau Adi daripada kumpulan 6ixth Sense untuk menghasilkan lirik berdasarkan jalan cerita.

"Tak sangka, lagu Muara Hati mendapat sokongan ramai dan ia membantu mempromosi drama Adam dan Hawa. Setiap drama bersiri yang diterbitkan oleh Global Station pasti disertakan dengan lagu tema.

"Kami mahu setiap drama ada trade mark tersendiri, sebab bila orang dengar lagu tersebut, mereka terus mencari drama berkenaan," ulasnya.

Sempena pembikinan drama Adam dan Hawa, penerbit buku turut mencetak semula novel tersebut dengan cetakan khas menampilkan wajah Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa di kulit muka buku.

"Sebanyak 3,000 naskhah novel edisi khas wajah pelakon drama Adam dan Hawa di kulit muka buku diterbitkan dan sambutan yang diberi amat menggalakkan.

"Cetakan semula itu secara tidak langsung membantu mempromosi karya penulis dan orang yang belum pernah memiliki novel tersebut pasti mencarinya di kedai buku," katanya tersenyum.

Ujarnya, dalam pembikinan novel ke layar kaca atau perak keuntungan atau kebaikan diraih oleh kedua-dua pihak dan tidak ada dasar tindas menindas.

Selain itu, novel yang diadaptasi dalam audio visual juga boleh diperkenal di luar negara jika ada drama tersebut dijual kepada stesen tv luar.

"Selama ini kita banyak membaca novel karya luar, sesekali kalau novel tempatan berjaya menembus pasaran luar sudah tentu nama penulis akan dikenali," katanya penuh harapan.

Novel Belian April 2013

  • Asam Pedas Untuk Dia - Nureen Mirza
  • Dia Tak Tanya - Aleya Aneesa
  • Kalau Memang Harus Begitu - Acik Lana
  • Kerana Terpaksa…Aku Relakan - Umie Nadzimah
  • Kurnia Untukku - Liz Haliza
  • Sehangat Asmara - Aisya Sofea

Novel Belian Mac 2013

  • Cinta untuk Disewa - Lynn Dayana
  • I Love U, Stupid! - Melur Jelita

Novel Belian Feb 2013

  • Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar
  • Cahaya Qaseh - Kathy Tuah
  • Kami Dah Kahwinlah! - Lisa Muhamad
  • KNK Kisah Naz & Khaalish - Hanina Abdullah
  • Siapa Orang Gajiku - Azimah Lily
  • Suamiku En Perfect 10 – Syamnuriezmil

Novel Adik Beli - 2013

  • Mampu Mencintaimu - Auni Amauni - Mar 2013
  • Cinta Itu Milikku - Dayana Darwisy - Mar 2013
  • Coke & Sundae II - Mar 2013

Novel Pinjam

  • Dia Lebih Mengerti - Norhayati
  • Suamiku Ustaz - Hannah Dhaniyah

Novel Adik Yang Beli - 2012

  • Tertulis Buat Kita - Dhiya Zafira
  • Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah
  • Suamiku Vampire - Rai Natsumi
  • Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana

Novel Belian Dis 2012

  • Oh, Mama Tiriku! - Herna Diana

Novel Belian Sept 2012

  • Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Novel Belian Jun 2012

  • Jodoh Kau & Aku - Afifah Yusof
  • Suami Yang Kubenci - E-man Sufi
  • Tak Mungkin Kuhindar - Ana Sofiya

Novel Belian Mei 2012

  • Dia Segalanya - Sha Ibrahim
  • Kau, Aku, Kita @ Iman Firdaus - Orkid Edilyne
  • Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana
  • Pukul 3 Pagi - Aina Emir

Novel Belian April 2012

  • Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar
  • Awak Suka Saya Tak? - Melur Jelita

Novel Belian Mac 2012

  • Calon Jodoh Buat Adik - Areila Sahimi
  • Cinta Tak Terucap - Imani Hatta
  • Isteri Separuh Masa - Sury Ryana
  • Pabila Cinta Memanggilku - Syamnuriezmil
  • Erti Cinta - Maria Kajiwa

Novel Belian Nov 2011

  • Usai Aku Terima Nikahnya - Umie Nadzimah

Novel Belian Okt 2011

  • Teman Serumah - Zuera Rasiddin
  • Mahar Cinta Cinderalela - Maya Iris
  • Aura Cinta - Aina Emir
  • Maafkanku Sayang… - Mimie Afinie
  • Tinggallah Pujaan - Mimie Afinie
  • Mandala Dunia Kedua - Azizi Abdullah
  • Rona-Rona Cinta Damascus - Sheila Wani

Novel Belian Ogos 2011

  • Yes Boss! - Areila Sahimi
  • Uda & Dara - Aisya Sofea
  • Kalau Sudah Sayang - Fieyza Fadlina
  • Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah
  • Cantiknya Si Comot - Miazal Zahra
  • Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  • Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Novel Belian Jun 2011

  • Syurga di Wajahmu - Laila Hanni
  • Gelora - Ma Lee Chuan
  • Anaknya Anakku Jua - Anarif
  • Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah
  • 7 Hari Mencintaimu - Siti Rosmizah
  • Pelukan Cinta - Amisha Dania

Novel Belian Mei 2011

  • Lovin' You - Haruno Hana
  • Biar Jadi Kaktus - Iffa Zalia
  • Selagi Ada Dia - Aisya Sofea

Novel beli di PBAKL April 2011

  • Adam & Hawa - Aisya Sofea
  • Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
  • Arca Kasih - Norzailina Nordin
  • Arjuna Hati - Norzailina Nordin
  • Berjuta Warna Pelangi - Iris Ixora
  • Biarlah YM Berbicara - Hanni Rasul
  • Bila Hati Kata Sayang - Marissa
  • Bunga-Bunga Kemboja - Aina Emir
  • Doktor Cinta - Dydila
  • Hanya Kita Berdua - Aina Emir
  • Hati Bergetar Rindu - Dhiya Zafira
  • Impian Terindah - Norzailina Nordin
  • Kalau Dah Jodoh - Mimie Afinie
  • Matahariku - Aina Emir
  • Nian di Hati - Elin Nadia
  • Selamat Malam Kekasih - Aina Emir
  • Sesuci Kasih Seorg Isteri - Dzie Tyea
  • Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyline
  • Yang Mana Satu? - Emma Maizura

Novel Belian April 2011

  • Pilihan Mama - Umie Nadzimah
  • Coke & Sundae - Ilya Abdullah
  • 566 Hari Mencari Cinta - Ilya Abdullah
  • M.A.I.D - Sury Ryana

Novel Belian Mac 2011

  • Penjara Rindu - Nia Arissa
  • Jendela Kaca Annur - Diya Nordin
  • Suamiku Sepupuku - Lynn Allyna
  • Dosa Semalam - Adilla Tasha
  • Kau Milikku - Aisha Hamza
  • Ad + Iz - Eury Athena
  • Jodoh atau Cinta - Iman Nizrina
  • Single Unavailable - Nurina Izzati
  • Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar
  • Warna Hati - Meen Zulaikha
  • Relaku Menanti - Damnya Hana
  • Terlanjur Mencintaimu - Syamnuriezmil
  • Hadirmu Takdirku - Alina Haizar

Novel Belian Febuari 2011

  • Kudamba Rindu - Dhiya Zafira
  • Kau Kekasihku - Anis Ayuni
  • Setulus Janji - Aina Emir
  • Rindu Belum Berhenti - Dhiya Zafira
  • Tiga Wajah - Lamia Aimal
  • Waja - Lamia Aimal

Novel Belian Januari 2011

  • Yang Terindah - Anis Ayuni
  • Ada Dalam Hati - Sue Rasmin
  • Cinta Yang Terpilih - Sri Diah
  • Rindu Untuk Dia - Dhiya Zafira