Blog Penulis Yg Saya Baca

Ini adalah blog cerita-cerita online yang saya suka baca dan sentiasa tunggu sambungannya. Minta maaf, bukan semua cerita sempat saya baca... Saya create blog ni untuk memudahkan saya jenguk blog-blog yang saya dah baca. Juga untuk mengelakkan saya terlupa. Mana yang baru saya jumpa, saya akan follow dan masukkan dalam blog saya ni. Ada yang dah masukkan tapi belum sempat baca.. soryy.. Sebab baca bila sempat je.. :-)

Mana yang saya dah beli novelnya saya akan pindahkan ke sebelah kanan...

#Pray4MH370# 8/3/2014 - xxxx

Novel online yg ingin dibeli

  • Apam Balik Nutella - Hany Nafisya
  • BMW - Ain Syuhada
  • Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
  • Bila Blogger Jadi Maid - Zati Mohd
  • Bisikan Kata Hati - Dila Dyna
  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi
  • Ceritera Bulan Madu - Dalia Na Za
  • Cinta Bersaiz XXL - Aliesha Kirana
  • Cinta Halal - Orkid Edelyline
  • Cinta Tak Sempurna - East Cinta
  • Dia Suamiku - Ishatasya
  • Housemate - Hawashima
  • Iklil Hafiya - Hany Nafisya
  • Kahwin Ganti - Aifa Batrisya
  • Kampung Girl - Umi Kalsom
  • Kemelut di Muara Rindu - Dhiya Lavandula
  • Kerana Sekali Cinta -Rehan Makhtar
  • Khilaf Semalam - Farrah Hannan
  • Menantu Datin Izzah - Alina Haizar
  • Musuhku Suamiku - Zuera Rasiddin
  • Namamu Terpahat di Hati - Dalya Amira
  • Pelangi Cinta Buat Suami - Acik Lana
  • Perangkap Cinta - Hayati Mat Salleh
  • Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana
  • Qaseh Nuralia Imani - Arin Anida
  • Queen Control - Ilya Abdullah
  • Rahsia Hati - Azimah Lily
  • Sampai Bila - Ana Sofiya
  • Seharum Rindu Semanis Iman - Hawashima
  • Semalam Yg Ku Tinggalkan - Laila Hanni
  • Sesaat Cukup Bagiku - Laila Hanni
  • Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar
  • Terlerai Kasih - Rehan Makhtar
  • Untuk Dia & Subhanallah Aku Mencintainya - Rehan Makhtar

Khusyuk Membaca :-)

Novel Bukan Online Ingin Dimilikki

  • Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana
  • Tolong Ingatkan Aku - Mimie Afinie

Tuesday, October 11, 2011

Novel baru..

Memandangkan novel-novel yang dibeli sebelum raya dah habis dibaca... semalam saya beli novel baru.. Teman Serumah oleh Zuera Rasiddin - tapi belum baca sebab? belum balut... :-) syarat sendiri berhad saya:- kena balut dulu novel yang baru dibeli sebelum baca... untuk mengelakkan ianya terkotor semasa khusyuk dok baca novel tu..

Saya juga sedang menunggu peluang untuk beli novel Kak Melur Jelita - Awak Suka Saya Tak? yang sedang hangat nampaknya di blog dan FB Kak Melur Jelita. Aduii..saya ni slow sikit dengan FB... entohler.. pening sikit kepala ni tiap kali mengadap FB... camno nak beli daripada Kak Melur ni?? huhu...

Semalam dah ternampak novel Sha Ibrahim - Biarkan Ia Berlalu, tebalnya.... macam novel-novel yang ditulis oleh Kak Siti Rosmizah tu... emmmm...tengah plan bila nak beli ni.. :-)

Satu lagi novel yang sememangnya dalam perhatian saya ialah Usai Aku Terima Nikahnya oleh Kak Umie Nadzimah...

Tak sabar nak dapatkan semua novel-novel kesukaan saya ni...

Thursday, September 8, 2011

Raya dan novel... :-)

Selamat Hari Raya!!!

Mohon maaf dan silap pada semua pemilik @ tuan punya karya online yang saya baca, yang saya komen, yang saya follow tapi tak komen, andai ada yang tak suka, terasa etc, mohon ampun dan maaf... juga kepada yang berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini...

Jangan lupa teruskan dengan puasa 6 di bulan Syawal, tau..

+

+

+


Untuk bulan Ogos, dalam sibuk-sibuk semua orang shopping raya... saya sibuk shopping novel... hehehe...

Alhamdulillah, antara novel online yang saya dah senaraikan sebelum ini untuk dimilikki, telahpun selamat dimiliki.... 3 novel ni adalah "anak-anak sulung" penulis...

1. Aku Bukan Mistress - Acik Lana
Dah abis baca di hari raya... :-) Suker bangat sama Mika & Mya...

2. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
Juga dah abis baca... kelakorlah Airysha & Danial Franz...

3. Kalau Sudah Sayang - Fieyza Fadlina
Dah abis baca juga... Sarah dan Ariff...

Dan novel-novel ni saya tak follow online tapi bila dah jumpa, tak dapat dilepaskan begitu saja...

1. Cantiknya Si Comot - Miazal Zahra
Pernah cuba nak baca di penulisan2u.. tapi tak berkesempatan, almaklumlah, novelnya dah keluar di pasaran, baik baca yang dah dicetak. Adik saya kata cerita ni best, so belilah berdasarkan recommendation dia. Lepas baca? Memang best! Ingatkan cerita-cerita remaja..rupanya bukan...

2. Cinta Kau dan Aku - Siti Rosmizah
Memandangkan hampir semua novel SR saya dah baca, yang ini saya ingatkan dah baca, rupanya belum... best!

3. Uda dan Dara - Aisya Sofea
Belum baca... tapi antara peminat Kak Aisya Sofea dari dulu...

4. Yes Boss! - Areila Sahimi
Belum baca...

Wednesday, August 10, 2011

Berpuasa tanpa solat ibadah sia-sia

Salam Ramadhan hari ke-10. Dikongsikan artikel untuk peringatan kita bersama.

2011/08/10
Sumber : Berita Harian

BERPUASA tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan.

Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya kerana solat tiang agama. Ada juga kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak solat. Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah.

Ada juga wanita tidak berpuasa kerana uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.

Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD), sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.

Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan. Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yang menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama.

Hanya puasa makan dan minum, tetapi tidak menjaga pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.”
Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”

Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa!



Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas dan harapnya yang terbaik dalam hidup kita kerana tahun depan belum tahu lagi...







Friday, July 8, 2011

House of Shelves






Photos courtesy of Kazuya Morita Architecture Studio.



Tertarik dgn gambar-gambar ni.. bestnya kalau dapat rak buku sebegini di rumah dan dipenuhi dengan pelbagai buku-buku, novel dan majalah koleksi saya... :-) Tenangnya...

Thursday, July 7, 2011

ASST?



ASST? ataupun nama panjangnya Awak Suka Saya Tak? karya nukilan Kak Melur Jelita. http://melurjelita.com

Jawapan saya? Saya suka sangat awak, Hilman dan Intan... :-) Jejaka kacukan Korea-Amerika-Cina yang jatuh cinta pada gadis Melayu.. Ada kelainan dalam cerita ni yang mengujakan saya membacanya.

Terjumpa masa asyik ber'blog-walking' awal minggu ini yang akhirnya membawa saya terjumpa blog Nini Hartini http://tanpanama33.blogspot.com/. Bila terbaca review Nini tentang novelog Kak Melur ni, saya tertarik untuk membacanya.

Alhamdulillah, cerita yang bagus, banyak yang tersurat dan tersirat, banyak pengajaran dan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami. Sekarang ni dah sampai Part 99. Thanks, Nini.. Thanks, Kak Melur Jelita.. sentiasa berasa jelita lepas terjumpa ASST? ni, sebab Kak Melur panggil semua pengunjung ASST? Jelita...Jelitawans... (^_^ )

Saya suka dengan gambar-gambar cantik dan petikan/kata-kata dlm ASST? yang selalu dibuat oleh peminat-peminat ASST? terutamanya Nikita...

Jemput baca ASST? bagi semua peminat novel... InsyaAllah mungkin akan dibukukan nanti, rasanya..





*** p/s : Saya tak pandai nak komen atau ulas novel...minta maaf, rajin baca tapi tak pandai ulas panjang... komen sikit-sikit sahaja yang termampu dibuat.

Hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penulis yang menulis cerita-cerita yang bagus untuk dibaca. Bermacam-macam pengisian, ilmu, petua, pengajaran, tempat dan macam-macam lagi yang kita boleh perolehi daripada novel-novel yang kita baca. Teruskan menulis!

Selamat membaca!

Monday, June 27, 2011

Novel Baru Beli

Semalam birthday adik perempuan saya yang ke dua puluh x .... :-)

Untuk meraikan dan bersempena dengan birthday dia, saya pun belilah 3 novel baru :-

1. Anaknya, Anakku Jua - Anarif
2. 7 Hari Mencintaimu - Siti Rosmizah
3. Lafazkan Kalimah Cinta - Siti Rosmizah

Selalunya kami sambut dengan kek birthday tapi sudah berubah sejak Disember 2010, ganti dengan beli buku atau novel.

Semasa birthday adik perempuan bongsu saya Disember lepas, saya belikan novel :-

1. Jauh Kau Pergi - Dhia Zafira (pilihan saya)
2. Antara Benci dan Rindu - Ida Farisya (pilihan birthday girl)
3. ............... (luperlah pulak ... ini pilihan birthday girl semalam)



Thursday, June 16, 2011

Life Is a Gift

Today before you say an unkind word -
Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food -
Think of someone who has nothing to eat.


Before you complain about your husband or wife -
Think of someone who's crying out to GOD for a companion.

Today before you complain about life -
Think of someone who passed away in the prime of his/her life.


Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet.


And when you are tired and complain about your job -
Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

And when depressing thoughts seem to get you down -
Put a smile on your face and think:
you're alive and still around.


*** For sharing, saya jumpa dalam email yahoogroups tentang Peng Shulin... Think wisely before you complain.. ***

Friday, April 29, 2011

Tentang PBAKL 2011



Alhamdulillah, berjaya ke PWTC utk shopping buku di PBAKL tahun ini.

Nampaknya, tahun ini saya buat sejarah sebab buat pertama kalinya saya telah membeli lebih daripada 5 buah novel di PBAKL sepanjang saya pernah ke PBAKL (rujuk senarai kat sebelah). Macam tak percaya, banyak sungguh novel yang dibeli.. memang 2011 ni tahun saya giler novel.. Mungkin gara-gara baca novel online.. semangat untuk beli novel memang over sangat.. :-)

Alhamdulillah, hampir semua buku yang ada dalam list berjaya saya beli. Ada yang tiada dalam senarai tapi dibeli juga sebab ada yang dalam pakej, ada yang baru terjumpa, yang pasti, sukar untuk saya lepaskan peluang yang ada kali ini. Tahun depan belum pasti lagi boleh pergi atau tidak.

Sekarang dalam proses untuk membaca kesemua novel-novel yang telah saya beli. Ada yang dibeli sebelum ini pun belum dibaca... oppss! :-)

Kenangan di PBAKL 2011 - 23 April :-
* Saya dapat jumpa K.Aina Emir & K.Mimie Afinie di booth KarnaDya.
* Saya dapat cabutan bertuah di booth Karangkraf - muffin yg dimasak oleh K.Norzailina.

* Saya dapat tudung purple di booth Karangkraf - hadiah istimewa beli buku prima.
* Lebih 20 buah buku dibeli - novel baru, novel lama, buku motivasi.

Monday, April 18, 2011

Jumper Suri Ryana & Ilya Abdullah

16 April lepas saya sempat ke Popular Wangsa Walk untuk bersua muka dengan penulis novel M.A.I.D dan mendapatkan novel tersebut. :-) Mulanya bercadang untuk dibeli semasa PBAKL di PWTC tapi takutlah tak jadi pergi ke, ramai sangat org ke, tak sempat jumpa ke, so better jumpa terus. 1st time saya ke Wangsa Walk di Wangsa Maju.

Bersama Suri adalah Ilya Abdullah, mulanya saya tak ingat sangat, lepas tu barulah saya teringat yang dia tulis novel Coke & Sundae.. beberapa hari sebelum tu terjumpa blog dia tapi tak aware.. Saya dah terbaca Coke & Sundae II di blog dia sedangkan yg 1st pun tak baca lagi... Ingatkan citer tentang remaja or budak-budak sekolah, rupanya salah.. Alang-alang jumpa penulisnya, saya pun belilah 566 Hari Mencari Cinta dan Coke & Sundae.

Saya juga beli Pilihan Mama tulisan Umie Nadzimah sebab adik saya kata cerita tu best. Saya tak pernah terbaca sebelum ni. Saya pula suka Umie Nadzimah sebab suka cerita dia di penulisan2u Usai Terima Nikahnya.

Tuesday, April 12, 2011

Pesta Buku PWTC 2011

Menghitung hari... detik demi detik... masa kunanti apakan ada... :-) menghitung hari untuk berangkat ke PWTC untuk bertemu dengan kekasih hati (buku-buku tersayang...) tak sabar rasanya... dah bulan April!!! Tahun ni akan kuredah jua kesesakan lalulintas di PWTC untuk mendapatkan kekasih hati buat koleksi... senarai kekasih hati dah siap menanti... tahun lepas tidak berpeluang :-( tahun ni, insyaAllah takkan dilepaskan peluang yang ada... Jom, jumper di sana!

Friday, March 18, 2011

Novel TM dah dapat!!!

Alhamdulillah novel Terlanjur Mencintaimu yang dibeli daripada Karya Seni selamat diterima semalam. Lambat sikit sebab tunggu Syamnuriezmil sign autograf dulu.. Hari ni, tiba di KL dibawa oleh adik... Malam ni nak baca.. tak sabar nak balik baca.. esok cuti, bolehlah stay up baca TM malam ni... :-)

Tuesday, March 15, 2011

Dah bacer.. AYKT Alina Haizar

Kelmarin, ke Popular Bookstore untuk dapatkan novel Aku Yang Kau Tinggalkan... ada promosi bulan ni.

Malam tadi.. semalaman berjaga untuk menghabiskan novel ni. Mulanya cadang nak baca sikit jer, esok sambung lagi tapi baca novel memang "berhantu" betul.. selagi tak habis baca, memang tak boleh nak berhenti. Baca dari bab 27 (mujurlah dah baca online sampai bab 13 = 26 dlm buku) sampai habis. Fuuhhh..memang letih sungguh mata ni... bertahan sebab nak habiskan juga. Minta-mintalah hari ni tak sakit kepala sebab tak cukup tidur, tengahari ni kena g qada' tidur waktu rehat nanti.

Komen tentang novel ni? BEST! 3x Best sangat! Sangat berpuas hati dengan jalan ceritanya. Memang tak terkata. Apa yang Nia dan Zaril Ikhwan lalui memang sedih dan menyakitkan...sesekali terpaksa tahan air mata mengalir walaupun ada ketika laju jer air mata keluar sebab... kalau nangis banyak sangat... lagi lambatlah habis baca... pastu taknaklah bengkak-bengkak mata bila masuk office... kalau baca masa weekend, takperlah. Ada juga rasa geram dengan tindakan Nia dan Zaril sebab masing-masing buat keputusan yang terburu-buru padahal rasa cinta yang memang mendalam antara satu sama lain. Maximo yang sungguh caring dan sayangkan Nia...sian dia...

Saya tak pandai nak komen atau bagi ulasan panjang pasal novel... InsyaAllah kalau larat, malam ni akan ulang baca semula sikit-sikit kot ada yang tertinggal malam tadi. Tak dapat nak menghayati tempat-tempat menarik serta tempat bersejarah di Itali Cuma sedikit tak puas hati sebab ibu Zaril, orang yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas punca konflik mereka tidak mendapat balasan yang setimpal atas apa yang buat pada Nia dan Zaril, huhu..

Keseluruhan? BEST bangat! (^_^) Memang berbaloilah beli dan stay up membacanya sampai habis!


*** Novel Terlanjur Mencintaimu saya bila agaknya akan sampai? Tunggu delivery drp penerbit. :-)

Friday, March 4, 2011

Jumpa something!

Hari ni seronok sangat..... sebab.... terjumper siapa penulis cerita "Erti Cinta" - genre seram yang saya baca di penulisan2 iaitu Kak Maria Kajiwa. Ter'click' gambar masa tu tak perasan nama penulis tapi bila link tu ke http://www.penulisan2u.my/tag/camellia-ling-ling/ memang sah, cerita yang saya follow daripada awal selama ini. Suker.... :-)

Opps!!! Baru tau.. patutlah dah tak keluar sambungan di P2u.. rupernyer dalam proses dibukukan... so, masuk list lagi novel untuk dibeli... :-)

http://www.penulisan2u.my/2011/02/novel-erti-cinta-18/#comments


Sebelum ni, saya pernah blogwalking di blog kak maria, masa rajin search pasal belajar tulis novel, teringin nak tau macam mana nak tulis novel.... jadi, teringinlah nak beli buku "Tulis Novel" tapi belum berkesempatan lagi... sebab? Lepas tu dah terluper pasal buku tu! :-) InsyaAllah akan dibeli juga nanti.

Wednesday, March 2, 2011

Pernah baca tapi terlupa

Saya pernah baca novel ni beberapa bulan yang lepas tapi terlupa bila...mungkin masa belum create blog ni...antara sebab create blog ni supaya dapat follow citer-citer yg saya baca dan suka baca.

Cerita ni memang sedih tapi saya suka. Hari ni terjumpa semula bila dok rayau-rayau bloqwalking. Rupa-rupanya dah dibukukan! InsyaAllah nanti akan beli untuk koleksi.. untuk tahu apa yang seterusnya berlaku pada Nia dan Zaril.

http://aku-kautinggalkan.blogspot.com/ - Alina Haizar

Thursday, February 10, 2011

Novel yang ingin dimilikki

Antara novel online yang saya baca dan suka jalan ceritanya, yang sedang dibukukan dan saya ternanti-nanti untuk dibeli adalah ....

1. Rahsia Hati -
http://lilymemoriku.blogspot.com/

2. Terlanjur Mencintaimu -
http://www.penulisan2u.my/tag/terlanjur-mencintaimu/

3. M.A.I.D -
http://queenlpermaisuri.blogspot.com/

4. Dia Suamiku -
http://coretan-ishatasya.blogspot.com/2011/01/novel-dia-suamiku-episod-27.html

5. Anaknya Anakku Jua -
http://anarifotherside.blogspot.com/2009/08/anaknya-anakku-jua-15.html


6.

Akan diupdate lagi...


6. Cinta Kontrak - http://hatibelumsedia.blogspot.com/2011/02/cinta-kontrak-official.html

Novel Belian April 2013

  • Asam Pedas Untuk Dia - Nureen Mirza
  • Dia Tak Tanya - Aleya Aneesa
  • Kalau Memang Harus Begitu - Acik Lana
  • Kerana Terpaksa…Aku Relakan - Umie Nadzimah
  • Kurnia Untukku - Liz Haliza
  • Sehangat Asmara - Aisya Sofea

Novel Belian Mac 2013

  • Cinta untuk Disewa - Lynn Dayana
  • I Love U, Stupid! - Melur Jelita

Novel Belian Feb 2013

  • Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar
  • Cahaya Qaseh - Kathy Tuah
  • Kami Dah Kahwinlah! - Lisa Muhamad
  • KNK Kisah Naz & Khaalish - Hanina Abdullah
  • Siapa Orang Gajiku - Azimah Lily
  • Suamiku En Perfect 10 – Syamnuriezmil

Novel Adik Beli - 2013

  • Mampu Mencintaimu - Auni Amauni - Mar 2013
  • Cinta Itu Milikku - Dayana Darwisy - Mar 2013
  • Coke & Sundae II - Mar 2013

Novel Pinjam

  • Dia Lebih Mengerti - Norhayati
  • Suamiku Ustaz - Hannah Dhaniyah

Novel Adik Yang Beli - 2012

  • Tertulis Buat Kita - Dhiya Zafira
  • Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah
  • Suamiku Vampire - Rai Natsumi
  • Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana

Novel Belian Dis 2012

  • Oh, Mama Tiriku! - Herna Diana

Novel Belian Sept 2012

  • Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Novel Belian Jun 2012

  • Jodoh Kau & Aku - Afifah Yusof
  • Suami Yang Kubenci - E-man Sufi
  • Tak Mungkin Kuhindar - Ana Sofiya

Novel Belian Mei 2012

  • Dia Segalanya - Sha Ibrahim
  • Kau, Aku, Kita @ Iman Firdaus - Orkid Edilyne
  • Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana
  • Pukul 3 Pagi - Aina Emir

Novel Belian April 2012

  • Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar
  • Awak Suka Saya Tak? - Melur Jelita

Novel Belian Mac 2012

  • Calon Jodoh Buat Adik - Areila Sahimi
  • Cinta Tak Terucap - Imani Hatta
  • Isteri Separuh Masa - Sury Ryana
  • Pabila Cinta Memanggilku - Syamnuriezmil
  • Erti Cinta - Maria Kajiwa

Novel Belian Nov 2011

  • Usai Aku Terima Nikahnya - Umie Nadzimah

Novel Belian Okt 2011

  • Teman Serumah - Zuera Rasiddin
  • Mahar Cinta Cinderalela - Maya Iris
  • Aura Cinta - Aina Emir
  • Maafkanku Sayang… - Mimie Afinie
  • Tinggallah Pujaan - Mimie Afinie
  • Mandala Dunia Kedua - Azizi Abdullah
  • Rona-Rona Cinta Damascus - Sheila Wani

Novel Belian Ogos 2011

  • Yes Boss! - Areila Sahimi
  • Uda & Dara - Aisya Sofea
  • Kalau Sudah Sayang - Fieyza Fadlina
  • Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah
  • Cantiknya Si Comot - Miazal Zahra
  • Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  • Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Novel Belian Jun 2011

  • Syurga di Wajahmu - Laila Hanni
  • Gelora - Ma Lee Chuan
  • Anaknya Anakku Jua - Anarif
  • Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah
  • 7 Hari Mencintaimu - Siti Rosmizah
  • Pelukan Cinta - Amisha Dania

Novel Belian Mei 2011

  • Lovin' You - Haruno Hana
  • Biar Jadi Kaktus - Iffa Zalia
  • Selagi Ada Dia - Aisya Sofea

Novel beli di PBAKL April 2011

  • Adam & Hawa - Aisya Sofea
  • Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
  • Arca Kasih - Norzailina Nordin
  • Arjuna Hati - Norzailina Nordin
  • Berjuta Warna Pelangi - Iris Ixora
  • Biarlah YM Berbicara - Hanni Rasul
  • Bila Hati Kata Sayang - Marissa
  • Bunga-Bunga Kemboja - Aina Emir
  • Doktor Cinta - Dydila
  • Hanya Kita Berdua - Aina Emir
  • Hati Bergetar Rindu - Dhiya Zafira
  • Impian Terindah - Norzailina Nordin
  • Kalau Dah Jodoh - Mimie Afinie
  • Matahariku - Aina Emir
  • Nian di Hati - Elin Nadia
  • Selamat Malam Kekasih - Aina Emir
  • Sesuci Kasih Seorg Isteri - Dzie Tyea
  • Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyline
  • Yang Mana Satu? - Emma Maizura

Novel Belian April 2011

  • Pilihan Mama - Umie Nadzimah
  • Coke & Sundae - Ilya Abdullah
  • 566 Hari Mencari Cinta - Ilya Abdullah
  • M.A.I.D - Sury Ryana

Novel Belian Mac 2011

  • Penjara Rindu - Nia Arissa
  • Jendela Kaca Annur - Diya Nordin
  • Suamiku Sepupuku - Lynn Allyna
  • Dosa Semalam - Adilla Tasha
  • Kau Milikku - Aisha Hamza
  • Ad + Iz - Eury Athena
  • Jodoh atau Cinta - Iman Nizrina
  • Single Unavailable - Nurina Izzati
  • Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar
  • Warna Hati - Meen Zulaikha
  • Relaku Menanti - Damnya Hana
  • Terlanjur Mencintaimu - Syamnuriezmil
  • Hadirmu Takdirku - Alina Haizar

Novel Belian Febuari 2011

  • Kudamba Rindu - Dhiya Zafira
  • Kau Kekasihku - Anis Ayuni
  • Setulus Janji - Aina Emir
  • Rindu Belum Berhenti - Dhiya Zafira
  • Tiga Wajah - Lamia Aimal
  • Waja - Lamia Aimal

Novel Belian Januari 2011

  • Yang Terindah - Anis Ayuni
  • Ada Dalam Hati - Sue Rasmin
  • Cinta Yang Terpilih - Sri Diah
  • Rindu Untuk Dia - Dhiya Zafira