Blog Penulis Yg Saya Baca

Ini adalah blog cerita-cerita online yang saya suka baca dan sentiasa tunggu sambungannya. Minta maaf, bukan semua cerita sempat saya baca... Saya create blog ni untuk memudahkan saya jenguk blog-blog yang saya dah baca. Juga untuk mengelakkan saya terlupa. Mana yang baru saya jumpa, saya akan follow dan masukkan dalam blog saya ni. Ada yang dah masukkan tapi belum sempat baca.. soryy.. Sebab baca bila sempat je.. :-)

Mana yang saya dah beli novelnya saya akan pindahkan ke sebelah kanan...

#Pray4MH370# 8/3/2014 - xxxx

Novel online yg ingin dibeli

  • Apam Balik Nutella - Hany Nafisya
  • BMW - Ain Syuhada
  • Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
  • Bila Blogger Jadi Maid - Zati Mohd
  • Bisikan Kata Hati - Dila Dyna
  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi
  • Ceritera Bulan Madu - Dalia Na Za
  • Cinta Bersaiz XXL - Aliesha Kirana
  • Cinta Halal - Orkid Edelyline
  • Cinta Tak Sempurna - East Cinta
  • Dia Suamiku - Ishatasya
  • Housemate - Hawashima
  • Iklil Hafiya - Hany Nafisya
  • Kahwin Ganti - Aifa Batrisya
  • Kampung Girl - Umi Kalsom
  • Kemelut di Muara Rindu - Dhiya Lavandula
  • Kerana Sekali Cinta -Rehan Makhtar
  • Khilaf Semalam - Farrah Hannan
  • Menantu Datin Izzah - Alina Haizar
  • Musuhku Suamiku - Zuera Rasiddin
  • Namamu Terpahat di Hati - Dalya Amira
  • Pelangi Cinta Buat Suami - Acik Lana
  • Perangkap Cinta - Hayati Mat Salleh
  • Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana
  • Qaseh Nuralia Imani - Arin Anida
  • Queen Control - Ilya Abdullah
  • Rahsia Hati - Azimah Lily
  • Sampai Bila - Ana Sofiya
  • Seharum Rindu Semanis Iman - Hawashima
  • Semalam Yg Ku Tinggalkan - Laila Hanni
  • Sesaat Cukup Bagiku - Laila Hanni
  • Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar
  • Terlerai Kasih - Rehan Makhtar
  • Untuk Dia & Subhanallah Aku Mencintainya - Rehan Makhtar

Khusyuk Membaca :-)

Novel Bukan Online Ingin Dimilikki

  • Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana
  • Tolong Ingatkan Aku - Mimie Afinie
Showing posts with label Penulis Novel. Show all posts
Showing posts with label Penulis Novel. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Ketajaman tulisan seorang ulama - Karya Nusantara Hamka


Sumber : Kosmo - Rencana Utama

MENGUNGKAP nama penulis prolifik dari seberang ini membuatkan setiap penggemarnya terimbas kembali tulisan beberapa novel mengenai liku-liku dua hati yang dipaksa berpisah dek kerana menurut adat keluarga.

Ceritera kemelaratan cinta itu dirungkai penuh hemat dan kritis menerusi dua mahakarya Haji Abdul Malik Karim Amrullah iaitu Di bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck.

Sebilangan pengkritik berpendapat penulis menggunakan nama akronim Hamka itu sebagai pencetus kepada kritikan sosial yang menjadi tabu dalam masyarakat Indonesia ketika itu.

Pada masa sama, beliau berjaya membawa keluar umat Islam yang lena dalam tidur diselimuti kejumudan menjunjung tinggi adat sesuatu kaum. Biar mendapat kritikan pada awalnya, nama Hamka terus mekar mewangi sehingga dijadikan rujukan kepada ahli akademik dan dunia sastera di Nusantara.

"Masyarakat ketika itu memegang kuat adat-adat lama seperti berkahwin sesama suku dan perbezaan darjat," jelas Norziati Mohd. Rosman, 36, antara pembaca buku Hamka ketika ditemui Kosmo! di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Sebagai contoh, novel Di bawah Lindungan Kaabah yang diterbitkan pada tahun 1938 mengisahkan perpisahan terpaksa antara Zainab dan Hamid rentetan berbeza kelas sosial.

Begitu juga dalam novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck yang turut mempersoalkan adat dan kepercayaan kaum Minang ketika itu.

Pendekatan

Dalam penulisan kreatif, Hamka mengambil pendekatan yang berlainan dalam menyelitkan unsur dakwah kerana lebih menekankan cara mengajak pembaca menuju ke arah kebaikan.

Tidak seperti kebanyakan tokoh-tokoh sastera dan agama Indonesia seperti Habiburrahman El Shirazy yang jelas menggunakan potongan hadis dan ayat al-Quran dalam karyanya.

"Saya ada membuat perbandingan antara buku kedua-kedua penulis tersebut. Tiada satu pun ayat al-Quran atau hadis digunakan oleh Hamka tetapi kita faham bahawa beliau mahu pembaca berfikir dan melihat implikasi mesej jalan cerita kepada kehidupan," ujar Norziati yang banyak terdedah kepada tulisan-tulisan ilmiah pada awal pengenalannya kepada tokoh tersebut.

Namun, mengenali Hamka secara keseluruhannya tidak terhad kepada dua novel itu yang telah difilemkan di Indonesia beberapa tahun ke belakang.

Bagi pengikut setianya, beliau merupakan seorang tokoh agamawan yang menggunakan medium penulisan sebagai salah satu cara menyebarkan dakwah dan pemikirannya mengenai hal-hal berkaitan agama, budaya, sejarah serta sosial.

Kelebihannya menjadikan Hamka seorang ulama yang berbeza dengan pemimpin sedia ada ketika itu yang memandang serong disebabkan pertelingkahan pendapat dan fahaman.

Tidak ramai ahli agama terlibat secara langsung dalam kelompok sastera kerana masyarakat beranggapan golongan tersebut hanya layak berbicara dalam topik yang terhad kepada portfolio mereka.

"Disebabkan itu, ia menjadi kekuatan kepada Hamka kerana beliau boleh berbicara mengenai pelbagai topik hasil kajian dan pembacaannya melalui buku-buku berbeza," ujar Muhammad Hafiz Ahmad Tajudin al-Fandani, 30, seorang pembaca karya-karya tokoh berasal dari Sumatera Barat, Indonesia itu.

Pengetahuan

Pengetahuannya banyak didorong menerusi pembacaan dan penyelidikan karya-karya Arab dan Barat termasuklah Arnold Toynbee, Karl Marx, Abbas al-Aqqad dan Mustafa al-Manfaluti. Beliau menelaah buku-buku tersebut yang telah ditransliterasikan ke bahasa Arab.

Seperti kata Hamka, "Ramai orang yang menyisir rambutnya tetapi tidak ramai yang menyisir otaknya" menunjukkan pentingnya mencari ilmu dalam pelbagai bidang bagi mengukuhkan kekuatan dalam diri.

Kesebatian Islam dalam diri Hamka dipupuk sedari kecil hasil asuhan keluarga yang berpegang teguh kepada didikan berlandas keagamaan. Bapanya, Abdul Karim Amrullah sendiri merupakan ulama terkenal di Indonesia.

Beliau pernah berkelana ke Mekah dalam usia muda bagi menajamkan penguasaan bahasa Arab. Sekembalinya ke tanah Indonesia, Hamka berbakti kepada masyarakat menggunakan ilmu yang ada sebagai pemidato, guru agama, malah menjadi seorang wartawan.

Walau tidak mendapat pendidikan yang tinggi, beliau menerbitkan sejumlah buku sastera dan ilmiah yang dikukuhkan dengan isi pemikiran setinggi seorang sarjana.

Ia boleh dilihat menerusi naskhah-naskhah seperti Merantau Ke Deli, Dari Perbendaharaan Lama, Falfasah Hidup, Lembaga Hikmat dan banyak lagi.

Sifat konsistennya kepada Islam terpancar apabila sanggup meletak jawatan sebagai sebagai Majelis Ulama Indonesia kerana kerajaan menolak fatwanya yang mengecam perayaan bersama bagi semua kaum.


Melihat kepada jalan riwayat hidup Hamka sehingga akhir hayatnya pada 18 Julai 1981, Muhammad Hafiz berpendapat wujud perubahan dalam cara penyampaian dan pemikiran menerusi karya-karya yang dihasilkan.

"Ia terbahagi kepada tiga fasa iaitu peringkat awal, pertengahan dan akhir yang setiap satunya dikesan mempunyai perbezaan yang ketara," jelasnya yang berasal dari Pendang, Kedah.

Dia menambah, fasa terakhir merupakan kemuncak kepada karier Hamka kerana ketika itu beliau sudah berada pada tahap yang matang.

Sekalipun sebelum ini beliau sebagai ahli gerakan Muhammadiah menerima tasawuf dengan sewajarnya, namun pada penghujung hayat, beliau sempat berbaiat tarekat dengan Abah Anom, seorang guru tarekat terkenal di Indonesia.

"Dalam satu karyanya, Hamka ada menyebut tentang kepentingan tarekat dan sumbangannya kepada tamadun Islam. Sebagai contoh, gerakan Sanusiyah di Libya ketika berperang dengan Perancis. Ia sebagai kredit dan penghargaan Hamka kepada gerakan tersebut," jelas Muhammad Hafiz.

Namun begitu, tambahnya, pembaca perlu melihat perubahan fasa tersebut secara keseluruhan bagi memahami perjuangan Hamka.

"Tidak adil untuk menilai karya-karya Hamka pada satu-satu fasa sahaja kerana ia perlu diperhatikan secara lengkap baru dapat kita merasai perubahan tersebut," ujarnya yang juga merupakan seorang penulis buku.

Kajian

Pengaruh Hamka melebar ke Malaysia sehinggakan beberapa karyanya dibincang dan dijadikan subjek kajian di institusi pengajian tempatan. Semasa hayatnya, Hamka sering dijemput untuk menghadiri majlis-majlis ilmu dan berkesempatan bertemu pemimpin negara.

"Ketika masih menjadi seorang wartawan, saya sempat bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau memberitahu ketika berita kematian Hamka, seluruh rakyat Malaysia turut merasai kesedihan atas kehilangan besar itu," ujar anak kesembilan Hamka, Afif Hamka dalam satu pertemuan bersama produksi teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang bakal dipentaskan mulai 9 hingga 18 Mei ini.

Menceritakan perwatakan arwah bapanya, Afif memberitahu, Hamka merupakan seorang yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah, beliau tidak sesekali cuba merosakkan pertalian itu yakni menerap semua ibadah dalam kehidupan seharian.

MENGUNGKAP nama penulis prolifik dari seberang ini membuatkan setiap penggemarnya terimbas kembali tulisan beberapa novel mengenai liku-liku dua hati yang dipaksa berpisah dek kerana menurut adat keluarga.

Ceritera kemelaratan cinta itu dirungkai penuh hemat dan kritis menerusi dua mahakarya Haji Abdul Malik Karim Amrullah iaitu Di bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck.

Sebilangan pengkritik berpendapat penulis menggunakan nama akronim Hamka itu sebagai pencetus kepada kritikan sosial yang menjadi tabu dalam masyarakat Indonesia ketika itu.

Pada masa sama, beliau berjaya membawa keluar umat Islam yang lena dalam tidur diselimuti kejumudan menjunjung tinggi adat sesuatu kaum. Biar mendapat kritikan pada awalnya, nama Hamka terus mekar mewangi sehingga dijadikan rujukan kepada ahli akademik dan dunia sastera di Nusantara.

"Masyarakat ketika itu memegang kuat adat-adat lama seperti berkahwin sesama suku dan perbezaan darjat," jelas Norziati Mohd. Rosman, 36, antara pembaca buku Hamka ketika ditemui Kosmo! di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Sebagai contoh, novel Di bawah Lindungan Kaabah yang diterbitkan pada tahun 1938 mengisahkan perpisahan terpaksa antara Zainab dan Hamid rentetan berbeza kelas sosial.

Begitu juga dalam novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck yang turut mempersoalkan adat dan kepercayaan kaum Minang ketika itu.

Pendekatan

Dalam penulisan kreatif, Hamka mengambil pendekatan yang berlainan dalam menyelitkan unsur dakwah kerana lebih menekankan cara mengajak pembaca menuju ke arah kebaikan.

Tidak seperti kebanyakan tokoh-tokoh sastera dan agama Indonesia seperti Habiburrahman El Shirazy yang jelas menggunakan potongan hadis dan ayat al-Quran dalam karyanya.

"Saya ada membuat perbandingan antara buku kedua-kedua penulis tersebut. Tiada satu pun ayat al-Quran atau hadis digunakan oleh Hamka tetapi kita faham bahawa beliau mahu pembaca berfikir dan melihat implikasi mesej jalan cerita kepada kehidupan," ujar Norziati yang banyak terdedah kepada tulisan-tulisan ilmiah pada awal pengenalannya kepada tokoh tersebut.

Namun, mengenali Hamka secara keseluruhannya tidak terhad kepada dua novel itu yang telah difilemkan di Indonesia beberapa tahun ke belakang.

Bagi pengikut setianya, beliau merupakan seorang tokoh agamawan yang menggunakan medium penulisan sebagai salah satu cara menyebarkan dakwah dan pemikirannya mengenai hal-hal berkaitan agama, budaya, sejarah serta sosial.


KELUARGA besar Hamka diurus setia oleh isteri tercinta, Siti Raham Endah Sutan (empat dari kanan) yang mempunyai 10 orang anak semasa hayatnya.

--------------------------------------------------------------------------------


Kelebihannya menjadikan Hamka seorang ulama yang berbeza dengan pemimpin sedia ada ketika itu yang memandang serong disebabkan pertelingkahan pendapat dan fahaman.

Tidak ramai ahli agama terlibat secara langsung dalam kelompok sastera kerana masyarakat beranggapan golongan tersebut hanya layak berbicara dalam topik yang terhad kepada portfolio mereka.

"Disebabkan itu, ia menjadi kekuatan kepada Hamka kerana beliau boleh berbicara mengenai pelbagai topik hasil kajian dan pembacaannya melalui buku-buku berbeza," ujar Muhammad Hafiz Ahmad Tajudin al-Fandani, 30, seorang pembaca karya-karya tokoh berasal dari Sumatera Barat, Indonesia itu.

Pengetahuan

Pengetahuannya banyak didorong menerusi pembacaan dan penyelidikan karya-karya Arab dan Barat termasuklah Arnold Toynbee, Karl Marx, Abbas al-Aqqad dan Mustafa al-Manfaluti. Beliau menelaah buku-buku tersebut yang telah ditransliterasikan ke bahasa Arab.

Seperti kata Hamka, "Ramai orang yang menyisir rambutnya tetapi tidak ramai yang menyisir otaknya" menunjukkan pentingnya mencari ilmu dalam pelbagai bidang bagi mengukuhkan kekuatan dalam diri.

Kesebatian Islam dalam diri Hamka dipupuk sedari kecil hasil asuhan keluarga yang berpegang teguh kepada didikan berlandas keagamaan. Bapanya, Abdul Karim Amrullah sendiri merupakan ulama terkenal di Indonesia.

Beliau pernah berkelana ke Mekah dalam usia muda bagi menajamkan penguasaan bahasa Arab. Sekembalinya ke tanah Indonesia, Hamka berbakti kepada masyarakat menggunakan ilmu yang ada sebagai pemidato, guru agama, malah menjadi seorang wartawan.

Walau tidak mendapat pendidikan yang tinggi, beliau menerbitkan sejumlah buku sastera dan ilmiah yang dikukuhkan dengan isi pemikiran setinggi seorang sarjana.

Ia boleh dilihat menerusi naskhah-naskhah seperti Merantau Ke Deli, Dari Perbendaharaan Lama, Falfasah Hidup, Lembaga Hikmat dan banyak lagi.

Sifat konsistennya kepada Islam terpancar apabila sanggup meletak jawatan sebagai sebagai Majelis Ulama Indonesia kerana kerajaan menolak fatwanya yang mengecam perayaan bersama bagi semua kaum.


RUMAH Hamka di Sumatera Barat dijadikan muzium yang menempatkan koleksi peninggalan barang-barang peribadi tokoh hebat itu.

--------------------------------------------------------------------------------


Melihat kepada jalan riwayat hidup Hamka sehingga akhir hayatnya pada 18 Julai 1981, Muhammad Hafiz berpendapat wujud perubahan dalam cara penyampaian dan pemikiran menerusi karya-karya yang dihasilkan.

"Ia terbahagi kepada tiga fasa iaitu peringkat awal, pertengahan dan akhir yang setiap satunya dikesan mempunyai perbezaan yang ketara," jelasnya yang berasal dari Pendang, Kedah.

Dia menambah, fasa terakhir merupakan kemuncak kepada karier Hamka kerana ketika itu beliau sudah berada pada tahap yang matang.

Sekalipun sebelum ini beliau sebagai ahli gerakan Muhammadiah menerima tasawuf dengan sewajarnya, namun pada penghujung hayat, beliau sempat berbaiat tarekat dengan Abah Anom, seorang guru tarekat terkenal di Indonesia.

"Dalam satu karyanya, Hamka ada menyebut tentang kepentingan tarekat dan sumbangannya kepada tamadun Islam. Sebagai contoh, gerakan Sanusiyah di Libya ketika berperang dengan Perancis. Ia sebagai kredit dan penghargaan Hamka kepada gerakan tersebut," jelas Muhammad Hafiz.

Namun begitu, tambahnya, pembaca perlu melihat perubahan fasa tersebut secara keseluruhan bagi memahami perjuangan Hamka.

"Tidak adil untuk menilai karya-karya Hamka pada satu-satu fasa sahaja kerana ia perlu diperhatikan secara lengkap baru dapat kita merasai perubahan tersebut," ujarnya yang juga merupakan seorang penulis buku.

Kajian

Pengaruh Hamka melebar ke Malaysia sehinggakan beberapa karyanya dibincang dan dijadikan subjek kajian di institusi pengajian tempatan. Semasa hayatnya, Hamka sering dijemput untuk menghadiri majlis-majlis ilmu dan berkesempatan bertemu pemimpin negara.

"Ketika masih menjadi seorang wartawan, saya sempat bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau memberitahu ketika berita kematian Hamka, seluruh rakyat Malaysia turut merasai kesedihan atas kehilangan besar itu," ujar anak kesembilan Hamka, Afif Hamka dalam satu pertemuan bersama produksi teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang bakal dipentaskan mulai 9 hingga 18 Mei ini.

Menceritakan perwatakan arwah bapanya, Afif memberitahu, Hamka merupakan seorang yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah, beliau tidak sesekali cuba merosakkan pertalian itu yakni menerap semua ibadah dalam kehidupan seharian.


BAGI Norziati, Hamka menggunakan novel untuk mengkritik masyarakat yang terlalu taksub dengan adat dan budaya.

--------------------------------------------------------------------------------



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz30wCOeCew
Hakcipta terpelihara

Wednesday, April 30, 2014

Haiza Najwa luah perasaan dalam novel

Oleh : Zaiton Abdul Manaf
27 Disember 2012
Sinar Harian

MENULIS ibarat terapi bagi menutup keresahan tatkala hati mengingati insan tersayang yang pergi tak kembali. Separuh jiwanya bagai turut sama pergi, namun anak-anak menjadi sumber kekuatan dan pembakar semangat untuk bangkit kembali.

Lima tahun pertama dia menyibukkan diri dengan aktiviti menulis bagi melupakan kesedihan. Kepulangan suami ke rahmatullah akibat penyakit kanser ternyata bukan mudah untuk diterima ibu kepada Andy, 27, Fitrina, 26, Farah Iman, 24, Faisal Redza, 21 dan Nurun Ain, 13.
Ditambah pula pemergian itu berlaku terlalu drastik.

Cerita Haiza Najwa bt Mahyudin, sakit kepala yang selama ini menyerang arwah suami disangka migrain rupa-rupanya petanda penyakit yang cukup menggerunkan. Hanya selepas beberapa kali melakukan pemeriksaan barulah diketahui punca sebenar.

Namun segalanya sudah terlambat bila doktor mengesahkan kanser yang menyerang sudah berada tahap empat dan jangka hayat sang suami ketika itu hanya tinggal enam bulan.

“Bayangkan perasaan saya ketika diberitahu hal tersebut, hari-hari saya menangis mengenangkan suami yang bakal meninggalkan kami. Tetapi arwah suami seorang yang cukup kuat dan tabah. Kata suami, itu semua dugaan dari Yang Maha Esa dan siapa kita yang mahu menolak takdir tersebut.

“Arwah juga banyak memberi saya kekuatan sedangkan ketika itu dia yang sakit. Katanya, doktor hanya boleh meramalkan tetapi hanya Tuhan yang berkuasa untuk menghidup dan mematikan hamba-Nya.

“Saya berpegang kepada kata-kata arwah ketika itu dan saya masih ingat lagi saat terakhir arwah memegang tangan saya seolah-olah tidak mahu lepas sambil tersenyum. Tidak sangka, itu merupakan petanda dia mahu meninggalkan kami semua.

“Malah, saya masih ingat lagi pertanyaan dia, bolehkah orang yang meninggal dunia melihat apa yang dilakukan oleh mereka yang masih hidup,”ujar Haiza Najwa sambil menahan sebak tatkala menceritakan saat-saat terakhir bersama suami tersayang sebelum dia koma selama dua hari dan menghembuskan nafas terakhir..


Arwah suami sempat dakap novel pertama

Tambah Haiza lagi, sokongan arwah suamilah yang membolehkan dia terbabit dalam bidang penulisan novel. Setakat ini, dia sudah menghasilkan lebih 11 buah novel.

Antaranya termasuklah Kalimah Jiwa, Sentuhan Cinta, Ilusi Hati, Ku Mohon Kasih, Tak Seindah Impian, Aku Yang Menanti, Jangan Ganggu Lenaku dan banyak lagi.

“Sebelum ini saya pernah bekerja, tetapi selepas mengandung anak sulung suami meminta saya berhenti kerja. Apabila arwah suami disahkan menghidap kanser, dia mencadangkan supaya saya menulis kerana dia tahu itu minat saya.

“Alhamdulillah, arwah sempat mendakap ke dada buku pertama hasil nukilan saya dan belum sempat buku kedua siap, arwah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Waktu itu, saya menulis dengan penuh perasaan dan apa saja yang saya rasa, diluahkan di dalam buku tersebut,”ujarnya.

Sambung Haiza setiap hari rutinnya menulis bermula selepas solat Isyak hinggalah ke awal pagi. Tiada rasa lenguh jauh sekali penat. Selama lima tahun, itulah rutin dirinya sehinggalah hati makin sembuh dan boleh menerima kenyataan suaminya sudah tiada.

“Bayangkan, ketika arwah pergi, anak bongsu saya baru tujuh tahun manakala anak ketiga bakal menduduki peperiksaan. Walaupun keputusannya tidak sebaik PMR yang berjaya memperoleh semua A, tetapi dia berjaya juga melanjutkan pengajian ke universiti.

“Mungkin berkat doa yang membuatkan anak-anak saya berjaya. Saya bersyukur anak-anak dapat menerima kepergian ayah mereka. Cuma si bongsu agak rapat dengan arwah. Boleh dikatakan, perangai arwah banyak turun kepada anak bongsu kami.

“ Jadi selepas pemergian arwah, anak bongsu tidur berbantalkan lengan saya. Selepas memasuki tingkatan tiga, barulah anak bongsu tidur sendiri,”jelas Haiza yang memanggil arwah suami dengan panggilan ‘Along’ sambil memberitahu arwah seorang yang romantik dan cukup penyayang orangnya.

Jangan menangis depan anak

Selain itu, Haiza mengakui hanya Allah tempat untuk dia mengadu dan waktu itu dia merasakan diri cukup dekat dengan-Nya dan segala rasa dicurahkan kepada Tuhan setiap kali sujud pada-Nya.

“Percaya pada qada dan qadar dan menjadikan Dia sebagai tempat mengadu adalah terapi terbaik selain menulis. Malah, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jika suami masih hidup, pasti saya masih lagi bergantung pada dia tanpa kenal erti berdikari.

“Saya takkan tahu akan bakat menulis yang Tuhan anugerahkan buat saya. Selain menjadi terapi buat saya, menulis juga turut menjana pendapatan dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang,”ujarnya yang sempat menitipkan nasihat buat ibu-ibu tunggal di luar sana, jangan duduk dan meratap hiba.

“Kita kena sedar, setiap apa yang kita miliki adalah ‘pinjaman’ dari-Nya. Apabila sampai masa Dia mengambil kembali, kita harus redha. Untuk mengelakkan kesedihan, cuba ‘larikan’ seketika minda dengan melakukan perkara-perkara lain.

“Tetapi itu bukan bermakna kita melupakan, sebaliknya kehidupan harus diteruskan. Biar sedih mana sekali pun, jangan sesekali menangis di hadapan anak kerana itu akan membuatkan mereka lemah. Tunjukkan kita kuat dan tabah dan begitulah cara saya menyalurkan kekuatan kepada anak-anak,”ujar Haiza.

Ditanya sama ada pernah dirisik selepas kematian suami, Haiza hanya ketawa kecil sambil mengakui bukan tiada yang mahu mendekati, tetapi dia lebih selesa dengan kehidupan bersama anak-anak.

“Bagi saya perkahwinan hanya sekali seumur hidup bagi seorang wanita. Itulah pegangan saya sehinggalah ke hari ini. Walaupun arwah sudah meninggalkan saya, namun saya tetap merasakan saya masih isteri orang.

“Ini kerana, saya bukannya diceraikan sebaliknya arwah meninggal dunia. Memang ada yang ingin mendekati, tetapi pada saya cukuplah setakat ini dan saya selesa dengan kehidupan sekarang,”seloroh Haiza yang turut membangunkan sebuah portal novel, Cintai Novel Malaysia-Novel Cermin Hidup terbuka buat mereka yang berminat untuk mengetengahkan hasil karya kreatif masing-masing.

Friday, April 25, 2014

Stephenie Meyer, mimpi jadi realiti

Oleh : ARLISSA MOHAMMAD KAMAL
22 April 2014
mStar Online

KEHIDUPAN pengarang novel bersiri puntianak popular, The Twilight Saga ini berubah secara dramatik pada Jun 2003.

Siapa sangka mimpi mengenai kisah cinta antara puntianak dan manusia dialaminya akhirnya direalisasikan menerusi novel bersiri, Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn yang terjual lebih 100,000 juta salinan di seluruh dunia.

Stephenie Meyer yang tersenarai sebagai antara penulis meraih jualan tertinggi oleh New York Times ini juga disebut sebagai bakal pengganti JK Rowling yang merupakan pengarang novel bersiri kanak-kanak terkenal, Harry Potter.

Kehidupan awal

Stephenie Meyer dilahirkan pada 24 Disember 1973 di Hartford, Connecticut, namun beliau dibesarkan oleh ibu bapanya, Stephen dan Candy Morgan bersama lima adik beradiknya yang lain di Phoenix, Arizona.

Meyer mendapat pendidikan di Chaparral High School di Scottsdale sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Brigham Young di Provo, Utah dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Bahasa Inggeris pada 1997.

Wanita ini melangsungkan perkahwinan dengan teman sepermainannya semenjak kecil, Christian ketika masing-masing berumur 21 tahun pada 1994 dan pasangan bahagia itu dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.

Bidang kesusasteraan bukan minat utama Meyer kerana beliau pernah berhasrat mengambil jurusan undang-undang, namun fikirannya berubah selepas kelahiran anak sulungnya.

Wanita tersebut memutuskan untuk memberi sepenuh perhatian kepada anaknya selain bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah firma hartanah.

Mimpi pencetus idea

Beliau pertama kali mendapat idea menulis selepas bermimpi mengenai kisah cinta dua dunia berbeza antara seorang gadis dan puntianak.

Mimpi itu diterjemahkan ke atas kertas dan kisah cinta dramatik itu akhirnya menjadi novel lengkap dalam tempoh tiga bulan.

Pada awalnya, beliau tidak berhasrat menerbitkan novel Twilight kerana ia hanya untuk mengisi masa lapangnya.

Tetapi, kakaknya memberi reaksi positif selepas membaca kisah cinta tersebut dan berpendapat ia wajar diterbitkan.

Sebelum meraih populariti, Meyer berdepan pelbagai cabaran termasuk manuskripnya ditolak syarikat penerbitan yang meragui hasil kerjanya pada ketika itu.

Selepas beberapa kali ditolak, karya Meyer akhirnya diterima oleh Jodi Reamer daripada syarikat penerbitan Writers House.

Pada 2003, acara lelongan terpaksa diadakan selepas lapan penerbit buku berebut untuk mendapatkan hak bagi menerbitkan Twilight.

Beberapa bulan selepas itu, Meyer menandatangani kontrak untuk tiga novel bernilai AS$750,000 (RM2.4 bilion) bersama Little, Brown and Company.

Sebanyak 75,000 salinan Twilight dikeluarkan pada 2005 dan ia menduduki tangga kelima novel terlaris untuk Children's Chapter Book yang disenaraikan New York Times dalam tempoh beberapa bulan selepas ia berada di pasaran.

Susulan daripada kejayaan Twilight, beliau menghasilkan tiga lagi siri novel terbabit; New Moon (2006). Eclipse (2007) dan Breaking Dawn (2008).

Siri ketiga novel tersebut, Eclipse berjaya mengetepikan novel Harry Potter and the Deathly Hallows selepas ia berada di pasaran pada musim panas 2007.

Ia sekali lagi melonjakkan nama Meyer dan hasil karya beliau turut dipasarkan di lebih 26 negara selain menduduki tangga teratas jualan keseluruhan.

Pencapaian luar biasa itu menyebabkan siri terakhir, Breaking Dawn dicetak sebanyak 3.7 juta salinan dan lebih 1.3 juta berjaya dijual pada hari pertama ia dipasarkan.

Novel tersebut melayakkan Meyer meraih British Book Award, sekali gus mengetepikan novel The Tales of Beedle the Bard hasil karya JK Rowling.

Sumber inspirasi

Wanita ini mendakwa beliau mendapat ilham daripada beberapa novel seperti Jane Eyre dihasilkan oleh Charlotte Bronte dan Anne of Green Gables hasil karya L M Montgomery.

Difahamkan, beberapa karya sastera klasik turut memberi inspirasi kepada Meyer dalam menghasilkan keempat-empat novelnya.

Selain membaca buku, muzik juga banyak memberi pengaruh dalam hasil tulisannya dan siapa sangka penulis novel cinta tersebut menggemari Muse, Blue October, My Chemical Romance, Coldplay serta Linkin Park.

Dari novel ke layar perak

Sambutan luar biasa menarik minat beberapa syarikat produksi filem dan Summit Entertainment akhirnya mendapat hak cipta untuk mengadaptasi novel Twilight pada April 2007.

Filem lakonan Kristen Stewart (Bella Swan), Robert Pattinson (Edward Cullen) dan Taylor Lautner (Jacob Black) tersebut diarahkan oleh Catherine Hardwicke manakala skripnya diolah semula oleh Melissa Rosenberg.

Filem susulan diarahkan beberapa pengarah berbeza turut dihasilkan dalam tempoh 2008 hingga 2011 dan Breaking Dawn: Part 2 telah menjadi sekuel terakhir dalam siri Twilight tersebut.

Selain Twilight, sebuah lagi novel karya Meyer, The Host turut dibawa ke layar perak pada Mac tahun lalu.

Filem bergenre romantik thriller dan sci-fi tersebut diarahkan oleh Andrew Niccol dan dibintangi oleh Saoirse Ronan (Melanis Stryder), Max Irons (Jared Howe) dan Jake Abel (Ian O'Shea).

Trivia

*Meyer turut menghasilkan koleksi cerpen seperti Prom Nights from Hell (2007) dan novel setebal 200 muka surat berjudul The Short Seconf Life of Bree Tanner (2010).
*Gemar mengumpul foto kenangan bersama keluarga.
*Pernah bekerjasama dengan syarikat Hobo Skate untuk sesi lelongan papan selaju bertemakan novel The Host untuk tujuan amal.
*Turut bergelar penerbit filem dan membuka syarikat penerbitan Fickle Fish Films.
*Disenaraikan sebagai Author of the Year oleh USA Todays, Wanita Paling Berpengaruh oleh MSN Lifestyle dan menduduki tangga ke-49 dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh majalah Time pada 2008.

Wednesday, March 19, 2014

Novelis : Sya Ryanna - Elemen pendidikan dalam novel

Oleh : HAFIZ AHMAD
Sumber : Kosmo

BERIKUTAN tidak berpuas hati dengan pengakhiran cerita di novel-novel yang dibacanya membuatkan Asmurni Hani, 25, nekad untuk menulis novel.

Berpaksi kepada minat dan kemampuan mengarang imaginasinya, wanita kelahiran Batu Caves, Selangor itu perlahan-lahan menulis naskhah yang mampu membuatkan pembaca tersenyum di akhir cerita.

“Boleh dikatakan, bab-bab akhir novel nukilan saya sudah mampu diagak oleh pembaca tetapi bagi menyuntik kelainan, diselitkan unsur-unsur pendidikan,” ujarnya ketika ditemui pada pelancaran novel terbaharunya, Fallin in Love, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Elemen pendidikan tersebut adalah menjurus kepada penggunaan bahasa asing yang digunakan dalam dialog antara watak-watak novel.

“Sebagai contoh, dalam novel Falling in Love, saya menggunakan bahasa Mandarin yang ringkas dengan harapan, pembaca dapat belajar serba sedikit bahasa tersebut,” kata graduan Pengurusan Sistem Pejabat, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Puncak Alam, Selangor itu.

Bagi novel sebelum ini, Asmurni menerapkan sosiobudaya dan persekitaran di London, England sebagai latar masa dan tempat. Walaupun tidak pernah berada di kota metropolitan itu, dia banyak merujuk di buku-buku dan rancangan televisyen pelancongan untuk mendapatkan gambaran keadaan di negara tersebut.

Mula menulis ketika di tingkatan dua, Asmurni menjadikan buku-buku nota sebagai sebagai medan penulisan awalnya.

“Buku-buku tersebut akan beralih dari satu pembaca ke pembaca lain dalam kalangan rakan sekelas. Berdasarkan respons-respons yang diberikan, saya terus menggiatkan lagi aktiviti penulisan sehingga menuntut di universiti,” kongsi Asmurni yang menggunakan nama pena Sya Ryanna.

Novel pertama

Novel pertama yang diterbitkan pada tahun 2013 iaitu Andainya Bukan Untukku mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Dalam tempoh itu, dia yang masih belajar hanya menulis ketika cuti semester.

“Bagi novel kedua ini, saya mengambil masa beberapa bulan kerana perlu fokus kepada bidang penulisan sahaja,” ujarnya yang kini menjadi penulis sepenuh masa.

Bercerita lanjut mengenai novel Falling in Love, ia seperti kebanyakan novel yang berlambak dalam pasaran, berlandaskan konflik cinta Yasmeen Zalikha yang tidak dapat memutuskan untuk menerima cinta antara tiga lelaki hadir serentak dalam hidupnya.

Dalam kebenciannya terhadap Raykal Asyraff, dia tidak dapat mengelak yang dia sebenarnya telah jatuh hati kepada lelaki yang dianggapnya sebagai sombong dan bongkak itu.

Namun disebabkan mahu mengelak daripada ‘gangguan’ bekas teman lelakinya, Tengku Iskandar, Yasmeen terpaksa menggunakan Raykal sebagai kekasih palsunya.

Kisah selanjutnya boleh diketahui menerusi novel setebal 808 muka surat tersebut yang diterbitkan oleh Love Novel pada harga RM29 untuk Semenanjung Malaysia dan RM39 di Sabah dan Sarawak.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2wO3IbrAb
Hakcipta terpelihara

Friday, January 31, 2014

Novelis : Puteri Andalas - Cerpen popularkan nama Ruhayah

Sumber : Kosmo - Rencana Utama
Tarikh : 28 Jan 2014

ALUNAN instrumental muzik balada sayup kedengaran di ruang tamu kediamannya. Sesekali iringan bunyi ketukan jari pada papan kekunci komputer memecah kesunyian rumah teres dua tingkat itu.

Alunan tersebut menjadi peneman setia wanita kelahiran Singapura yang berusia 65 tahun itu untuk menyiapkan tugasnya. Beliau kelihatan tekun memandang paparan skrin sambil menyusun perkataan demi perkataan untuk diolah menjadi naskah novel.

Kadangkala beliau tersenyum seolah-olah geli hati dengan apa yang ditulisnya. Ruhayah Mahmod merupakan novelis veteran yang masih aktif sehingga kini, pembaca setianya mengenali beliau dengan nama pena, Puteri Andalas.

Biarpun pada usia emas, Puteri Andalas tidak akan sekali-kali berhenti menulis kerana baginya penulisan menjadi medan luahan rasa dan perantaraan dakwah antara beliau dengan pembaca.

"Pada awalnya saya selalu mewakili sekolah dalam pertandingan pidato dan pernah berkongsi pentas dengan Datuk Dr. Hasan Ali dan Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah di sekolah-sekolah sekitar Klang.

"Selepas tamat persekolahan, minat saya beralih kepada bidang penulisan pula tetapi pada ketika itu saya tidak dapat menghasilkan karya secara serius kerana terikat dengan komitmen sebagai kakitangan bank di Klang dari tahun 1969 hingga 1995," ujar anak sulung daripada 11 beradik itu.

Ayam tambatan

Pesona dan kemesraan yang ada pada Puteri Andalas pasti membuatkan sesiapa sahaja senang dengan sikap keibuan yang dipamerkan. Namun, siapa sangka wanita peramah itu sebenarnya seorang yang gugup berdiri di pentas suatu ketika dahulu.


Perasaan gugup tersebut berubah setelah bakat beliau digilap oleh gurunya di Sekolah Telok Gadong, Klang sehingga menjadi bualan warga sekolah pada ketika itu. Gelaran ayam tambatan sekolah meninggalkan kenangan paling sukar dilupakan kerana beliau berpeluang mengembangkan bakatnya bagi mengharumkan nama sekolah.

Bakat seninya terserlah sewaktu beliau mengambil bahagian di dalam pementasan Sekolah Convent Klang. Beliau terpilih mewakili sekolah setiap tahun dalam pertandingan syarahan dan debat peringkat sekolah rendah serta menengah sewaktu negara mengadakan Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan.

Antara lain, bidang penulisan membuka ruang kepadanya untuk bergaul dengan ahli sastera dan bahasa di negara ini melalui pertemuan di beberapa majlis yang dianjurkan penggiat seni penulisan.

Suaminya, Kamalludin Husin, 68, berkongsi cerita mengenai peribadi Puteri Andalas. Menurut Kamalludin, isterinya gemar mengutamakan kerja dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya. Kadangkala, kesibukan tersebut membuatkan Kamalludin terpaksa mencuri masa Puteri Andalas untuk merehatkan diri dengan keluar melancong.

Kamalludin akan memastikan mereka sekeluarga meluangkan masa dengan bercuti bersama bagi merapatkan hubungan kekeluargaan. Pada masa sama, Puteri Andalas kerap menjadikan lokasi percutian tersebut sebagai latar tempat dalam beberapa karyanya.

Mencipta nama

"Saya berkenalan dengannya secara kebetulan. Ketika itu, arwah bapa saya yang baru pencen membina rumah di sebelah rumah dia (Puteri Andalas) dan kemudian kami berkenalan.

"Ketika mula-mula berumah tangga dahulu, isteri saya tidak menunjukkan bakatnya dalam penulisan. Saya cuma tahu dia pernah menjadi johan pidato semasa bersekolah," ujar Kamalludin yang pernah berkhidmat sebagai guru.


Puteri Andalas mula mencipta nama melalui karya-karya cerpennya yang mula ditulis sekitar tahun 1997. Pada masa itu umurnya menginjak 46 tahun setahun selepas persaraannya dari bank swasta. Beliau mengambil skim persaraan awal yang ditawarkan pihak syarikat. Karya Rebah merupakan percubaan pertama beliau dan terus diterima oleh akhbar Utusan Malaysia. Penerimaan akhbar tersebut membakar semangat Puteri Andalas untuk terus berkarya kerana tidak menyangka bakatnya mendapat perhatian syarikat penerbitan utama di negara ini.

Rebah menceritakan tentang dilema percintaan songsang yang dialami di tempat kerja. Beliau cuba menyampaikan mesej agar pembacanya tidak mudah terperangkap dengan godaan cinta songsang yang boleh meruntuhkan nilai moral dalam masyarakat.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu pernah berputus asa untuk menulis novel kerana terikat dengan pelbagai komitmen. Namun, sokongan moral daripada suami dan anak-anak membuatkan wanita tersebut meneruskan wadah perjuangan menyampaikan dakwah dengan caranya tersendiri.

Pada peringkat awal, setiap karya cerpen yang dihasilkan mendapat maklum balas yang baik daripada pembaca. Namun, selepas Puteri Andalas mula bergiat aktif dengan mengorak langkah dalam bidang penulisan novel dan selepas gambarnya dipaparkan, sejak itu kebanyakan pembaca berasa terkejut.

"Mereka tidak percaya kerana Puteri Andalas bukanlah penulis muda seperti yang disangka," kata Puteri Andalas bahawa popularitinya semakin memuncak selepas hadir menjayakan beberapa program televisyen mengenai resipi kebahagiaan rumah tangga.

Sebagai suri rumah, Puteri Andalas mempunyai kelebihan untuk menyiapkan karyanya. Kebiasaannya, beliau menulis selepas solat Subuh, usai makan tengah hari dan sebelum tidur. "Pada saya ilham datang pada bila-bila masa," katanya yang mengagumi penulis Sharifah Abu Salem.

Menurut Puteri Andalas, Sharifah merupakan orang pertama yang bertanggungjawab membawanya berjumpa penerbit buku untuk menunjukkan bakatnya. Selain itu, beliau juga cukup mengagumi isteri kepada Pro-Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid iaitu Toh Puan Sri Sagiyah Salikin selaku bekas pendidik dan pendorong utamanya dalam bidang penulisan.


Novel pertama

Novel pertamanya bertajuk Jalinan Kasih mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dan dihasilkan pada tahun 2001. Ia diangkat menjadi novel bersiri selama dua tahun berturut-turut dalam majalah Sri Dewi Keluarga terbitan Karangkraf.

Setakat ini, sebanyak 10 buah karya Puteri Andalas yang terdiri daripada novel dan kompilasi antalogi cerpen bersama penulis lain diterbitkan. Dalam perkembangan terkini, Puteri Andalas telah menghasilkan novel terbaharunya yang berlatar belakangkan lokasi Blue Mountains di New South Wales, Australia. Beliau turut menyiapkan kompilasi cerpen yang sudah terkumpul lebih sedekad.

"Kompilasi cerpen sudah diserahkan kepada penerbit dan masih menunggu keputusan sama ada ia diterima atau tidak oleh dua penerbit besar tanah air.

"Saya juga dalam proses melakukan percubaan sulung dalam penulisan biografi tokoh kenamaan. Saya berharap kemunculan biografi ini berjalan lancar kerana saya perlu melakukan penyelidikan menyeluruh bagi menyiapkannya," ujarnya yang mahu merahsiakan sementara gerangan tokoh yang dimaksudkan.

Puteri Andalas mengakui bahawa hobi membaca pelbagai genre bahan bacaan sangat membantu beliau dalam menyusun plot penceritaan novelnya. Selain itu, karyanya juga berpandukan kepada tiga elemen asas iaitu pengetahuan am, pergaulan rapat dengan rakan dan keluarga serta melalui filem-filem yang ditontonnya.

Selain membaca, Puteri Andalas gemar melancong ke kawasan beriklim sejuk seperti Cameron Highlands. Beliau selesa berkunjung ke kawasan tersebut kerana pada kebiasaannya lebih bersih, tidak berdebu dan mendamaikan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2ry7lhtwV
Hakcipta terpelihara

Novelis : Yusnida Tajudin - Gadis kasar jadi buruan


SEBAGAI seorang insan yang tidak pandai meluahkan perasaan terutama isi hati dan pendapat peribadi, wanita lewat 30-an itu meluahkannya melalui penulisan. Menerusi tulisan juga ia berdakwah dalam menyampaikan sedikit ilmu untuk santapan pembaca.

Yusnida Tajudin, 39, atau nama sebenarnya, Yusnidawati Mohd. Yusof pernah bekerja sebagai pembantu peribadi dalam dunia korporat selama enam tahun sebelum bergelar penulis novel. Ketika itu juga, dia melakukan kerja sampingan sebagai tutor di kolej swasta.

Setelah berkahwin, Yusnida meninggalkan dunia pejabat. Bagaimanapun, wanita dari Kampung New Zealand, Maran, Pahang itu masih mengajar melalui kelas tuisyen persendirian di rumah.

“Biarlah ilmu ini menjadi saham untuk saya di akhirat. Mengajar lebih mudah bagi saya mengendalikan anak-anak dan meneruskan hobi dalam bidang penulisan.

“Dahulu, minat menulis terhenti akibat kekangan masa, namun saya kembali aktif setelah melihat minat dan bakat anak-anak dalam dunia penulisan. Sejak itu, saya nekad untuk menjadi idola kepada anak-anak sebagai penggerak mereka dalam bidang ini,” katanya yang menyifatkan menulis memberikan satu kepuasan.

Dia yang mula menulis sejak berusia 12 tahun cenderung kepada puisi dan cerpen. Karyanya banyak disiarkan di majalah sekolah dan pendidikan serta akhbar tempatan. Ketika itu, dia menggunakan nama pena, Zahida M. Y.

Setakat ini, Yusnida telah menghasilkan dua novel iaitu Biar Cinta Bertaburan yang diterbitkan pada Ogos 2012 dan ACAM, singkatan kepada Andai Cintamu Aku Miliki pada November 2013. Dia turut memiliki beberapa e-novel yang masih dalam proses pembikinan dan dipaparkan di blognya, http://ayeshatajudin.blogspot.com.

ACAM merupakan singkatan kepada Andai Cintamu Aku Miliki.

Karyanya sering menggunakan genre bukan fiksi seperti yang disampaikan melalui novel ACAM. Novel tersebut adalah kisah santai yang bertemakan percintaan dan pengorbanan.

Peribadi Muslimah

“Novel ini lebih kepada kisah dunia remaja dalam mengharungi erti percintaan, mengejar ilmu dan persahabatan. Di sebalik semua itu, terselit nilai-nilai peribadi seorang wanita Muslimah, sahabat dan anak yang bertanggungjawab.

“ACAM membawa pembaca menghayati dunia remaja penuh onak dan liku, memahami getaran hati mereka dan cuba menyelami kisah suka dan duka,” ujarnya ketika ditemui pada Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Novel setebal 511 muka surat itu disiapkan dalam tempoh setahun dan dijual pada harga RM24 (Semenanjung Malaysia) dan RM27 (Sabah dan Sarawak). Ia dilihat sebagai kisah yang sesuai untuk bacaan remaja malah mampu mengembalikan nostalgia pembaca yang telah lama meninggalkan dunia remaja.

Yusnida cuba membawa pembaca menghayati karakter bernama Acam iaitu seorang gadis yang kasar dan bermulut lepas, sukar didekati namun mempunyai hati yang lembut. Rencah hidup Acam bermula apabila dia menyambung pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, lokasi dia bertemu dengan seorang pemuda bernama Dzil.

Sakat-menyakat antara Dzil dan Acam bertukar menjadi azam si jejaka untuk mendekati dan memiliki gadis kasar itu. Persahabatan mereka diibaratkan seperti kucing dengan anjing, begitulah warna hidup mereka di pusat pengajian.

Pada masa sama, Acam turut mencuri perhatian lelaki bernama Qaid ketika menjalani latihan amali di kampungnya, Batu Pahat, Johor. Qaid cuba menyampaikan hasrat hati terhadap Acam dalam bentuk gurauan. Namun, Acam lebih selesa dengan status sahabat membuatkan Qaid akur dan menghormati keputusan gadis tersebut.

Tatkala Acam menerima berita kehilangan Qaid yang maut akibat kemalangan jalan raya. Allah merungkai kemelut hati gadis tersebut dengan cara paling halus agar hubungan erat terjalin antara Acam dan keluarga Qaid tetap utuh.

Ketahui kesudahan pergolakan hidup Acam yang mencari hikmah dan cinta dalam kehidupan melalui novel terbitan Love Novel Enterprise yang boleh didapati di kedai-kedai buku utama.


Novelis : Ain Maisarah - Ain jiwai kanak-kanak

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 30/01/2014


Di satu sudut lagi, kelihatan rak buku yang dipenuhi dengan hasil karya yang telah diterbitkan dan sentiasa mendapat permintaan serta sambutan menggalakkan dari peminatnya.

Nama Ain Maisarah semakin meniti di bibir kanak-kanak yang menggemari tulisan-tulisanya yang santai tetapi penuh dengan ilmiah dan bermanfaat.

Menyoroti kisahnya sebagai seorang penulis buku remaja dan kanak-kanak yang bermula sejak tahun 2005, Ain Maisarah mengaku tidak pernah terfikir untuk sampai ke tahap sekarang memandangkan zaman remajanya dia tidak pernah berminat jauh sekali bercita-cita menjadi penulis.

"Ketika remaja, saya tidak pernah menulis tetapi saya gemar menghabiskan masa lapang dengan membaca buku cerita dan novel Inggeris.

"Sampai satu peringkat disebabkan tidak boleh berenggang, ketika mengulangkai pelajaran saya sanggup selitkan novel di tengah-tengah buku rujukan bagi mengelak diketahui oleh ibu.

"Saya rasa idea dan kreativiti untuk menulis datang dari minat membaca yang dipupuk oleh ibu bapa saya sejak kecil lagi. Kemudian idea tersebut berkembang seiring dengan pertambahan ilmu dan peredaran masa," katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Tesl) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Menariknya kata Ain Maisarah lagi, bakat dalam bidang penulisan dikesan oleh tunangnya (kini suaminya) pada tahun 2005 ketika masih bergelar mahasiswi lagi.

"Dia meminta saya menulis cerpen untuk dimasukkan dalam mobile book untuk sebuah syarikat telekomunikasi.

"Diam tak diam saya berjaya menghasilkan 36 cerpen dalam pelbagai genre seperti seram, komedi, remaja dan sebagainya.

"Setahun kemudian cerpen tersebut diterbitkan dalam bentuk buku dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca.

"Melihat kepada perkembangan itu, saya terfikir untuk lebih serius mencuba nasib dalam bidang penulisan. Saya mula mencari penerbit dan laman sesawang yang mungkin berminat dengan karya saya," katanya.

Langkah Ain Maisarah semakin panjang apabila sebuah syarikat penerbitan tempatan berminat untuk menerbitkan dua novel pertamanya bertajuk Impiana dan Aku Mahu Popular.

Sehingga sekarang dia telah berjaya menghasilkan 46 novel dan tiga lagi bakal menyusul tidak lama lagi yang kesemuanya menumpu kepada penulisan untuk kanak-kanak dan remaja.

Anak kelahiran Johor Bahru, berkata, karyanya kebanyakan berkisar mengenai pengalamannya sendiri menjalani kehidupan sebagai remaja suatu ketika dahulu .

"Setiap penulis pasti tidak lari daripada memasukkan sedikit elemen pengalaman sendiri dalam karyanya. Untuk kekal relevan dengan pembaca remaja saya gemar berkunjung ke kedai buku untuk mencari buku dan komik yang baik sebagai input.

"Untuk menulis dan memastikan idea sentiasa berkembang dan tidak putus, sejak tujuh tahun lalu saya telah menggunakan konsep yang dikaji bersama-sama suami iatu konsep tiruvasi.

"Konsep ini adalah membaca, meniru dan inovasi idea tersebut sama ada bahan bacaan dari Eropah mahupun cerita popular yang sesuai untuk pembaca remaja Malaysia.

"Konsep tiruvasi adalah satu inovasi dalam penceritaan yang diambil melalui penceritaan terbaik dalam cerita dan drama," ujar isteri kepada Syaizul Amal Zulkaffly.

Ketika berkongsi rahsia kejayaan masih bertahan dalam bidang penulisan buku remaja dan kanak-kanak kata Ain, seorang penulis harus tahu rantaian dalam dunia penulisan supaya kita tahu untuk menjaga hubungan antara penerbit, kedai buku dan pembaca.

Baginya, untuk bertahan sehingga hari ini, apa yang penting sebagai seorang penulis, sentiasa berusaha menjaga hubungan rapat antara pembaca, penerbit dan penjual.

"Tanpa sokongan dan kerjasama daripada mereka mustahil untuk saya sampai ke tahap ini. Walaupun sudah dikenali ramai hubungan baik itu perlu berterusan dan sentiasa berhubung dengan pembaca.

"Dalam setiap penulisan juga beberapa nilai murni yang diterapkan adalah mengikut prosedur penerbit seperti menggunakan bahasa Melayu tinggi dan plot penceritaan yang mengikut syariat Islam," katanya.

Ain Maisarah berpendapat ketika ini cabaran terbesar bagi kanak-kanak dan remaja adalah dari segi bahasa.

Ini kerana golongan tersebut mudah terpengarauh dengan penggunaan bahasa bahasa rojak dan bahasa kasar yang diguna meluas di laman-laman sosial mahupun filem tempatan.

"Di sinilah pentingnya penulisan menggunakan bahasa Melayu yang tinggi. Kalau tidak ada buku bacaan yang betul untuk mereka, ditakuti kesan penggunaan bahasa Melayu semakin merosot.

"Begitu pun bagi tidak menimbulkan kebosanan tulisan saya memasukan elemen santai dan kelakar. Mereka akan berasa seronok membaca dan dalam masa yang sama membaiki serta mendidik penggunaan bahasa Melayu yang betul," ujarnya.

Ditanya cabaran sebagai penulis seiring denagn kemunculan banyak penulis kanak-kanak ketika ini, Ain Maisarah melihat ia sebagai persaingan yang positif kerana inilah masanya penerbit dan penulis begabung dalam usaha merancakkan dunia penulisan.

"Saya melihat hari ini status penulis sudah semakin tinggi dan dipandang oleh ramai orang. Sebagai penulis kita ada tanggungjawab moral yang perlu disampaikan kepada pembaca. Penulisan akan kekal selagi buku dibaca dan dicetak.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk menulis bahan bacaan yang baik dan bermanfaat. Semoga apabila kita meninggal kita tinggalkan sesuatu yang baik," katanya. – Siti Aishah Yusoff



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Feminin/20140130/fe_01/Ain-jiwai-kanak-kanak#ixzz2rxswjhlS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Novel Belian April 2013

  • Asam Pedas Untuk Dia - Nureen Mirza
  • Dia Tak Tanya - Aleya Aneesa
  • Kalau Memang Harus Begitu - Acik Lana
  • Kerana Terpaksa…Aku Relakan - Umie Nadzimah
  • Kurnia Untukku - Liz Haliza
  • Sehangat Asmara - Aisya Sofea

Novel Belian Mac 2013

  • Cinta untuk Disewa - Lynn Dayana
  • I Love U, Stupid! - Melur Jelita

Novel Belian Feb 2013

  • Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar
  • Cahaya Qaseh - Kathy Tuah
  • Kami Dah Kahwinlah! - Lisa Muhamad
  • KNK Kisah Naz & Khaalish - Hanina Abdullah
  • Siapa Orang Gajiku - Azimah Lily
  • Suamiku En Perfect 10 – Syamnuriezmil

Novel Adik Beli - 2013

  • Mampu Mencintaimu - Auni Amauni - Mar 2013
  • Cinta Itu Milikku - Dayana Darwisy - Mar 2013
  • Coke & Sundae II - Mar 2013

Novel Pinjam

  • Dia Lebih Mengerti - Norhayati
  • Suamiku Ustaz - Hannah Dhaniyah

Novel Adik Yang Beli - 2012

  • Tertulis Buat Kita - Dhiya Zafira
  • Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah
  • Suamiku Vampire - Rai Natsumi
  • Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana

Novel Belian Dis 2012

  • Oh, Mama Tiriku! - Herna Diana

Novel Belian Sept 2012

  • Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Novel Belian Jun 2012

  • Jodoh Kau & Aku - Afifah Yusof
  • Suami Yang Kubenci - E-man Sufi
  • Tak Mungkin Kuhindar - Ana Sofiya

Novel Belian Mei 2012

  • Dia Segalanya - Sha Ibrahim
  • Kau, Aku, Kita @ Iman Firdaus - Orkid Edilyne
  • Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana
  • Pukul 3 Pagi - Aina Emir

Novel Belian April 2012

  • Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar
  • Awak Suka Saya Tak? - Melur Jelita

Novel Belian Mac 2012

  • Calon Jodoh Buat Adik - Areila Sahimi
  • Cinta Tak Terucap - Imani Hatta
  • Isteri Separuh Masa - Sury Ryana
  • Pabila Cinta Memanggilku - Syamnuriezmil
  • Erti Cinta - Maria Kajiwa

Novel Belian Nov 2011

  • Usai Aku Terima Nikahnya - Umie Nadzimah

Novel Belian Okt 2011

  • Teman Serumah - Zuera Rasiddin
  • Mahar Cinta Cinderalela - Maya Iris
  • Aura Cinta - Aina Emir
  • Maafkanku Sayang… - Mimie Afinie
  • Tinggallah Pujaan - Mimie Afinie
  • Mandala Dunia Kedua - Azizi Abdullah
  • Rona-Rona Cinta Damascus - Sheila Wani

Novel Belian Ogos 2011

  • Yes Boss! - Areila Sahimi
  • Uda & Dara - Aisya Sofea
  • Kalau Sudah Sayang - Fieyza Fadlina
  • Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah
  • Cantiknya Si Comot - Miazal Zahra
  • Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  • Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Novel Belian Jun 2011

  • Syurga di Wajahmu - Laila Hanni
  • Gelora - Ma Lee Chuan
  • Anaknya Anakku Jua - Anarif
  • Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah
  • 7 Hari Mencintaimu - Siti Rosmizah
  • Pelukan Cinta - Amisha Dania

Novel Belian Mei 2011

  • Lovin' You - Haruno Hana
  • Biar Jadi Kaktus - Iffa Zalia
  • Selagi Ada Dia - Aisya Sofea

Novel beli di PBAKL April 2011

  • Adam & Hawa - Aisya Sofea
  • Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
  • Arca Kasih - Norzailina Nordin
  • Arjuna Hati - Norzailina Nordin
  • Berjuta Warna Pelangi - Iris Ixora
  • Biarlah YM Berbicara - Hanni Rasul
  • Bila Hati Kata Sayang - Marissa
  • Bunga-Bunga Kemboja - Aina Emir
  • Doktor Cinta - Dydila
  • Hanya Kita Berdua - Aina Emir
  • Hati Bergetar Rindu - Dhiya Zafira
  • Impian Terindah - Norzailina Nordin
  • Kalau Dah Jodoh - Mimie Afinie
  • Matahariku - Aina Emir
  • Nian di Hati - Elin Nadia
  • Selamat Malam Kekasih - Aina Emir
  • Sesuci Kasih Seorg Isteri - Dzie Tyea
  • Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyline
  • Yang Mana Satu? - Emma Maizura

Novel Belian April 2011

  • Pilihan Mama - Umie Nadzimah
  • Coke & Sundae - Ilya Abdullah
  • 566 Hari Mencari Cinta - Ilya Abdullah
  • M.A.I.D - Sury Ryana

Novel Belian Mac 2011

  • Penjara Rindu - Nia Arissa
  • Jendela Kaca Annur - Diya Nordin
  • Suamiku Sepupuku - Lynn Allyna
  • Dosa Semalam - Adilla Tasha
  • Kau Milikku - Aisha Hamza
  • Ad + Iz - Eury Athena
  • Jodoh atau Cinta - Iman Nizrina
  • Single Unavailable - Nurina Izzati
  • Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar
  • Warna Hati - Meen Zulaikha
  • Relaku Menanti - Damnya Hana
  • Terlanjur Mencintaimu - Syamnuriezmil
  • Hadirmu Takdirku - Alina Haizar

Novel Belian Febuari 2011

  • Kudamba Rindu - Dhiya Zafira
  • Kau Kekasihku - Anis Ayuni
  • Setulus Janji - Aina Emir
  • Rindu Belum Berhenti - Dhiya Zafira
  • Tiga Wajah - Lamia Aimal
  • Waja - Lamia Aimal

Novel Belian Januari 2011

  • Yang Terindah - Anis Ayuni
  • Ada Dalam Hati - Sue Rasmin
  • Cinta Yang Terpilih - Sri Diah
  • Rindu Untuk Dia - Dhiya Zafira