Blog Penulis Yg Saya Baca

Ini adalah blog cerita-cerita online yang saya suka baca dan sentiasa tunggu sambungannya. Minta maaf, bukan semua cerita sempat saya baca... Saya create blog ni untuk memudahkan saya jenguk blog-blog yang saya dah baca. Juga untuk mengelakkan saya terlupa. Mana yang baru saya jumpa, saya akan follow dan masukkan dalam blog saya ni. Ada yang dah masukkan tapi belum sempat baca.. soryy.. Sebab baca bila sempat je.. :-)

Mana yang saya dah beli novelnya saya akan pindahkan ke sebelah kanan...

#Pray4MH370# 8/3/2014 - xxxx

Novel online yg ingin dibeli

  • Apam Balik Nutella - Hany Nafisya
  • BMW - Ain Syuhada
  • Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
  • Bila Blogger Jadi Maid - Zati Mohd
  • Bisikan Kata Hati - Dila Dyna
  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi
  • Ceritera Bulan Madu - Dalia Na Za
  • Cinta Bersaiz XXL - Aliesha Kirana
  • Cinta Halal - Orkid Edelyline
  • Cinta Tak Sempurna - East Cinta
  • Dia Suamiku - Ishatasya
  • Housemate - Hawashima
  • Iklil Hafiya - Hany Nafisya
  • Kahwin Ganti - Aifa Batrisya
  • Kampung Girl - Umi Kalsom
  • Kemelut di Muara Rindu - Dhiya Lavandula
  • Kerana Sekali Cinta -Rehan Makhtar
  • Khilaf Semalam - Farrah Hannan
  • Menantu Datin Izzah - Alina Haizar
  • Musuhku Suamiku - Zuera Rasiddin
  • Namamu Terpahat di Hati - Dalya Amira
  • Pelangi Cinta Buat Suami - Acik Lana
  • Perangkap Cinta - Hayati Mat Salleh
  • Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana
  • Qaseh Nuralia Imani - Arin Anida
  • Queen Control - Ilya Abdullah
  • Rahsia Hati - Azimah Lily
  • Sampai Bila - Ana Sofiya
  • Seharum Rindu Semanis Iman - Hawashima
  • Semalam Yg Ku Tinggalkan - Laila Hanni
  • Sesaat Cukup Bagiku - Laila Hanni
  • Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar
  • Terlerai Kasih - Rehan Makhtar
  • Untuk Dia & Subhanallah Aku Mencintainya - Rehan Makhtar

Khusyuk Membaca :-)

Novel Bukan Online Ingin Dimilikki

  • Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana
  • Tolong Ingatkan Aku - Mimie Afinie
Showing posts with label Drama Adaptasi Novel. Show all posts
Showing posts with label Drama Adaptasi Novel. Show all posts

Monday, April 28, 2014

'Aku Isterinya' Jadi Tajuk Drama Gara-Gara Bahasa Rojak

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my
Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014
Sumber : mStar Online

PETALING JAYA: Pengarah drama iaitu Fairuz Loy akur dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila tajuk asal kisah adaptasi novel tulisan Acik Lana berjudul "Aku Bukan Mistress" terpaksa ditukar kepada Aku Isterinya.

Fairuz berkata, campuran bahasa Malaysia dan Inggeris pada judul novel berkenaan adalah alasan utama mengapa ia tidak boleh digunakan kerana tidak mahu menggalakkan penggunaan bahasa 'rojak' dikalangan masyarakat negara ini.

"Biarpun ia memberi sedikit kesan kepada drama ini terutamanya kepada pembaca novel asalnya namun pihak kami akur dengan arahan dikeluarkan oleh pihak kementerian dan memilih Aku Isterinya sebagai tajuk ganti," katanya kepada mStar Online.

Drama 28 episod itu bakal menemui penonton menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam bermula 31 Mac ini.

Aku Isterinya menggandingkan Izzue Islam dan Anzalna Nasir sebagai watak utama dan turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin, Niniswara, Mardiana Alwi, Syatila Melvin dan Zaidi Omar.

Dalam pada itu, Fairuz berkata, bagi menjaga sensitiviti masyarakat terutamanya mereka yang beragama Islam, pihaknya turut mengolah dan membataskan beberapa adegan intim yang terdapat dalam novel asalnya.

Dia juga menggunakan kaedah lain selain memberikan gambaran paling hampir kepada adegan intim yang ingin divisualkan kepada penonton.

"Dalam novel asal terdapat banyak adegan-adegan yang menceritakan tentang keintiman dua watak utamanya dan agak sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk visual kerana ia agak keterlaluan.

"Bagaimanapun kami mengambil langkah untuk mengurangkan babak berkenaan selain banyak menggunakan bahasa tubuh dan dialog tertentu bagi menggambarkan keadaan berkenaan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan dua pelakon utamanya iaitu Izzue Islam dan Anzalna Nasir yang mempunyai masalah di set penggambaran, Fairuz berkata, dia tidak berhak untuk bercakap bagi pihak mereka namun tidak menafikan ada wujud konflik seperti mana didakwa.

Pun begitu kata Fairuz, baik Izzue mahupun Anzalna mereka memberikan terbaik dan bersikap profesional dalam menyiapkan drama berkenaan yang menjalani penggambaran selama 75 hari.

Aku Isterinya mengisahkan Mya Arlissa (Anzalna) yang dirogol oleh bapa saudaranya sehingga menjadi bahan kutukan masyarakat di kampung halamannya.

Dia kemudiannya diselamatkan oleh Mikail (Izzue) semasa melarikan diri ke Kuala Lumpur pelbagai kejadian berlaku sejak Mya bertemu lelaki berkenaan.

Monday, April 21, 2014

Adaptasi novel

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Sumber : Utusan Malaysia

JIKA ada orang yang bercerita atau membuat ulasan drama yang ditonton semalam sambil menikmati sarapan pagi, itu tandanya drama tersebut menarik.

Begitu juga jika ada yang tidak mahu keluar rumah takut ketinggalan mengikuti drama bersiri, sudah pasti drama yang ditonton itu lebih kuat pengaruhnya berbanding tarikan lain.

Antara drama yang menjadi bualan hangat penonton tempatan ketika ini adalah Trilogi Cinta 2 yang disiarkan setiap Khamis - Jumaat , 10 malam, TV1 dan drama bersiri Adam dan Hawa, pukul 10 malam, setiap Isnin - Khamis, Astro Mustika HD.

Drama terbitan Suhan Movie & Trading dan Global Station Sdn. Bhd., itu diadaptasi daripada novel terlaris tulisan Sharifah Abu Salem dan Aisya Sofea.

Ada juga yang berpendapat tindakan mengadaptasi novel ke layar kaca atau perak adalah sebagai jalan mudah meraih keuntungan kerana novel berkenaan sudah ada pengikut tersendiri.

Secara tidak langsung pengikut novel tersebut pasti memberi sokongan dengan hadir ke pawagam atau menjadi penonton setia di hadapan kaca televisyen (TV) sebaik novel tersebut dipersembahkan dalam bentuk audio visual.

Selain itu, penerbit juga tidak perlu bersusah payah mencari skrip untuk dijadikan jalan cerita kerana secara dasar plot cerita sudah ada.

Untuk mengetahui benarkah penerbit meraih keuntungan cara pintas atau tidak, Mega berkesempatan menemu bual Rosyam Nor dan Zetty Adila Ramly.

Keuntungan bersama

Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 45, selaku penerbit Suhan Movies & Trading berkata, tidak ada istilah 'siapa guna siapa' untuk meraih keuntungan.

"Ia adalah situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Secara kasar orang nampak penerbit mengambil kesempatan di atas populariti novel tetapi sebenarnya penulis dan penerbit novel juga ada bahagian masing-masing.

"Penulis pasti gembira kerana karyanya yang dihasilkan dalam bentuk buku kini dipersembahkan secara audio visual. Malah ia juga merupakan satu promosi baru untuk jualan novel tersebut," katanya.

Tambahnya, jika drama itu mendapat sambutan, sudah pasti penonton akan berusaha mencari novel pula. Situasi itu memungkinkan novel berkenaan dicetak semula rentetan daripada populariti drama atau filem yang diterbitkan.

Pemegang watak Razif dalam Trilogi Cinta 2 arahan Amie Maziah sebelum ini pernah mencatat kejayaan membanggakan apabila drama Trilogi Cinta meraih rating hampir dua juta penonton ketika disiarkan di TV1.

Kata Rosyam, jika musim pertama drama digarap berdasarkan gabungan tiga novel karya Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi namun untuk Trilogi Cinta 2, sebaliknya.

"Untuk Trilogi Cinta 2, skrip drama dijadikan novel. Saya beruntung kerana penulis novel dan penulis skrip adalah orang yang sama. Kak Pah (Sharifah) tahu apa yang hendak diolah semula mengikut kehendak pengarah.

"Kalau sewaktu penggambaran ada perubahan pada skrip, Kak Pah akan dimaklumkan agar penulisan novelnya selari dengan skrip drama," jelasnya tentang novel Trilogi Cinta.

Bercakap mengenai adaptasi novel kepada drama, Rosyam berkata, apa yang dilakukan sebelum ini tidak banyak berbeza kerana dia cuba sebaik mungkin untuk tidak menghilangkan ciri-ciri ketulenan penulisan penulis berkenaan.

Katanya, jika sebelum ini pembaca hanya membayangkan apa yang berlaku mengikut imaginasi masing-masing namun sebaik dijadikan drama atau filem senario itu dapat dilihat dengan jelas.

"Setiap orang mempunyai imaginasi yang berbeza malah ia pasti tidak sama dengan apa yang ditulis penulis. Menerusi drama, kita dapat melihat karakter sebenar watak yang dibayangkan selama ini.

"Kalau sebelum ini sambil membaca, pembaca akan bayangkan wajah Razif tapi bila dibuat dalam bentuk drama, orang sudah tahu Razif adalah Rosyam," jelasnya.

Tambahnya, populariti sebuah novel juga tidak boleh menjamin drama yang diterbit akan mendapat sambutan ramai atau 'meletup'.

Kata Rosyam, beruntungnya menerbit drama yang diadaptasi kerana novel itu sendiri sudah ada tapak atau pengikut.

"Sebenarnya tidak mudah menerbit drama adaptasi ini kerana ia perlu dibuat dua kali lebih baik daripada sedia ada. Kalau drama dihasilkan tanpa menitik berat soal kualiti, peminat novel yang sedia ada mesti marah.

"Pemilihan barisan pelakon juga penting kerana penampilan mereka harus bersesuaian dengan watak yang digarap oleh penulis," katanya.

Hanya yang terbaik

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Global Station Sdn. Bhd., Zetty Adila Ramly, 26, berkata, setakat ini pihaknya telah memilih tujuh novel untuk diadaptasi.

Novel-novel pilihan adalah Jauh, Manisnya Cinta, Kau Yang Satu, Tiada Yang Kedua, Kau Untukku, Bayangan Rindu serta Adam dan Hawa yang sedang hangat disiarkan di Astro Mustika HD.

Katanya setiap novel yang dipilih dibuat berdasarkan jualan terlaris di pasaran dan drama yang sudah disiarkan adalah Tiada Yang Kedua lakonan Ayu Raudhah dan Pierre Andre serta Kau Untukku gandingan Remy Ishak bersama Dira Abu Zahar.

"Kami baru sahaja selesai penggambaran drama Jauh, karya Aisya Sofea yang diarah oleh Bade. Antara pelakonnya adalah Fouziah Ghous, Adi Putera dan Anzalna.

"Setip novel yang dipilih menampilkan pengarah yang berbeza. Macam Kau Untukku diarah oleh James Lee, Tiada Yang Kedua, arahan Piere Andre, Manisnya Cinta (Bernard Chauly) dan Kau Yang Satu (Osman Ali)," ceritanya panjang lebar.

Kata Adila, memandangkan novel itu sudah ada pengikut, jadi pihaknya sentiasa teliti dalam menterjemahkan setiap baris ayat yang digarap penulis.

Bagi menjaga keaslian karya asal novel berkenaan, boleh dikatakan hampir 90 peratus daripada dialog atau latar belakang drama Adam dan Hawa dibuat berdasarkan novel.

"Setiap drama yang dihasil berdasarkan novel tidak boleh diubah sesuka hati. Contohnya untuk Adam dan Hawa, penulis Aisya sentiasa berada di lokasi sewaktu penggambaran.

"Penulis skrip Rozie Rashid sentiasa merujuk kepada Aisya agar apa yang dihasil tidak tersasar jauh daripada isi novel. Kami mahu mengekalkan keaslian. Malah pengarah Mohamed Feroz Kadir juga meminta pandangan penulis novel," ceritanya.

Menurut Adila, setakat ini pihaknya mendapat reaksi positif daripada penggemar novel Adam dan Hawa yang sekali gus menjadi pengikut drama tersebut kerana tidak banyak perubahan.

Katanya, Global Station sanggup melabur banyak untuk drama 80 episod yang disiarkan selama setengah jam itu demi menjaga kualiti dan keaslian karya Aisya Sofea.

"Para pelakon yang dipilih mesti mirip dengan gambaran perwatakan penulis novel. Begitu juga lokasi, penggambaran dilakukan di Perth, Australia, Mekah dan Madinah.

"Alhamdulillah, kesemua pelakon yang terbabit dalam drama ini memberi komitmen baik dan sedia turun padang untuk membuat promosi," jelasnya.

Menurut Adila, bagi memastikan drama tersebut berjaya memikat hati penonton, lagu tema berjudul Muara Hati, ciptaan Manusia Putih dirakam oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7.

Untuk ciptaan itu, pihaknya telah memberi skrip kepada Manusia Putih atau Adi daripada kumpulan 6ixth Sense untuk menghasilkan lirik berdasarkan jalan cerita.

"Tak sangka, lagu Muara Hati mendapat sokongan ramai dan ia membantu mempromosi drama Adam dan Hawa. Setiap drama bersiri yang diterbitkan oleh Global Station pasti disertakan dengan lagu tema.

"Kami mahu setiap drama ada trade mark tersendiri, sebab bila orang dengar lagu tersebut, mereka terus mencari drama berkenaan," ulasnya.

Sempena pembikinan drama Adam dan Hawa, penerbit buku turut mencetak semula novel tersebut dengan cetakan khas menampilkan wajah Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa di kulit muka buku.

"Sebanyak 3,000 naskhah novel edisi khas wajah pelakon drama Adam dan Hawa di kulit muka buku diterbitkan dan sambutan yang diberi amat menggalakkan.

"Cetakan semula itu secara tidak langsung membantu mempromosi karya penulis dan orang yang belum pernah memiliki novel tersebut pasti mencarinya di kedai buku," katanya tersenyum.

Ujarnya, dalam pembikinan novel ke layar kaca atau perak keuntungan atau kebaikan diraih oleh kedua-dua pihak dan tidak ada dasar tindas menindas.

Selain itu, novel yang diadaptasi dalam audio visual juga boleh diperkenal di luar negara jika ada drama tersebut dijual kepada stesen tv luar.

"Selama ini kita banyak membaca novel karya luar, sesekali kalau novel tempatan berjaya menembus pasaran luar sudah tentu nama penulis akan dikenali," katanya penuh harapan.

Monday, February 10, 2014

Drama Adaptasi Novel : BKATC - E-man Sufi :- Bukan Aku Tak Cinta

Sumber : Sinar Harian
Oleh :WAN NASRAH ABDUL RAHIM
6 Disember 2013

KALI ini novel berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) diadaptasi menjadi sebuah drama bersiri untuk siaran Astro Mustika HD bulan Disember dan disiarkan secara eksklusif bermula 9 Disember ini.

Memilih Sharnaaz Ahmad dan Nelydia sebagai pelakon utama, drama ini memaparkan kisah kehidupan Jebat (Sharnaaz) yang merupakan seorang lelaki kataris yang cuba untuk berubah dari jalan hitam kehidupannya sebelum ini.

Drama bersiri terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd arahan Jamal Khan ini bakal bersiaran selama 60 episod.

Menurut penerbit drama ini, Datin Ziela Jalil berkata, penonton bakal dibawa menyoroti kisah romantik yang memaparkan kehidupan Jebat, lakonan Sharnaaz Ahmad yang merupakan seorang lelaki katarsis, berdarah campuran Melayu Cina yang mana sifatnya yang lebih tenang, rajin dan baik hati selepas berubah. Ia telah menarik perhatian Mastura lakonan Nelydia Senrose, adik ipar kepada majikannya Uwais.

“Kami memang sepakat membuat gandingan antara Sharnaaz dan Nelydia. Dan kami lihat, watak itu memang sesuai dengan mereka. Melalui drama ini kami memberikan adaptasi persamaan hampir seperti novel asal yang ditulis E-man Sufi.

“Saya yakin, dengan gandingan mereka dapat mencipta satu lagi fenomena selepas cerita jodoh Itu milik Kita yang telah bersiaran di Mustika HD sebelum ini,” katanya yang turut membilang para pelakon lain yang juga terlibat menjayakan drama ini seperti Iqram Dinzly, Datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen, Tony Eusoff dan Alex Yanz.

Drama bersiri terbaik

Dalam pada itu, menurut Pengurus Saluran Mustika HD, Natasha Hashim, pihak Mustika HD amat selektif dalam memilih karya untuk ditayangkan di saluran ini yang sudah sinonim dengan tayangan drama bersiri terbaik dan mengumpulkan kelompok peminatnya yang tersendiri.

Natasha berkata, gabungan pemilihan novel yang padat dengan jalan cerita yang hebat, olahan dan pengarahan drama yang cemerlang dan kekuatan barisan pelakon menjadi nadi kepada penghasilan karya hebat.

“Justeru itu, tidak boleh disangkal lagi bahawa drama bersiri BKATC berada di kelasnya yang tersendiri dan selayaknya mengisi slot drama bersiri untuk tayangan di saluran premium berdefinisi tinggi (HD).

“Kami juga amat berbesar hati untuk memperkenalkan lagu tema BKATC yang berjudul Salahkah, paduan suara Hafiz & Dato’ Rossa ciptaan Moh. Charly Van Houtten (Setia Band),” katanya.

Menurutnya, ia sinonim dengan kehadiran setiap drama bersiri di saluran ini, satu lagu tema akan dirakamkan khas untuk menambahkan lagi impak karya yang ditayangkan. Formula ini dilihat menunjukkan situasi ‘menang-menang’ sama ada terhadap drama bersiri mahupun lagu yang diputarkan.

“Kami turut ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Talent dan Suria Records untuk kerjasama yang baik ini.

"Kami berharap segala usaha yang dilakukan ini dapat memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan perkhidmatan Astro Byond terutamanya yang melanggan pakej Mustika,” katanya yang turut mempromosikan untuk para pelanggan di mana akan menayangkan Di Sebalik Tabir BKATC pada 2 Disember 2013 (hari ini), jam 9.30 malam diikuti Hafiz & Rossa @ Jakarta jam 10.00 malam yang akan memaparkan di sebalik proses rakaman dan pembikinan muzik video Salahkah.

Sharnaaz - Nelydia serasi

Selain itu, Sharnaaz dalam sidang media ini, turut mengakui dirinya mempunyai banyak persamaan dengan watak yang diberikan sekali gus tidak menyukarkannya memberikan yang terbaik untuk drama ini.

“Bila membaca skrip dan novel ini, saya dapat rasakan watak Jebat sangat dekat dengan diri saya. Semakin lama membaca, saya dapat rasakan seperti pernah melalui perkara di dalam cerita ini. Bahkan ia seperti menukar nama dan tajuk sahaja yang lain adalah berkaitan dengan saya.

“Jadi ia mudah kerana saya untuk melakonkan watak Jebat ini. Peminat tidak rugi untuk mengikuti drama ini kerana garapan skripnya sangat menarik dan ia wajib di tonton,” katanya.

Berlainan dengan Sharnaaz, menurut Nelydia dia sebenarnya takut dan sangat gementar sewaktu kali pertama bergandingan dengan pelakon lelaki yang versatil ini.

“Saya memang sangat gementar dan takut apabila berlakon di samping Sharnaaz. Dia merupakan pelakon yang bagus.

"Apabila mendapat watak itu, dia in karakter. Dapat membawakan watak itu dengan sangat baik dan mendalam. Saya sebenarnya, banyak mengambil tunjuk ajar daripadanya,” katanya.

Thursday, January 16, 2014

Idea basi

Oleh : Hidayah Mohammad
Berita Harian - HIP
16/01/2014

Isu plot cerita drama Melayu: Asal rating tinggi, tak kisah jalan cerita sama hingga jejas kandungan karya kreatif

Plot cerita mengisahkan gadis membenci jejaka, namun disatukan atas desakan keluarga serta cinta teruna dan dara dicemari insan ketiga, cukup klise dalam drama Melayu sekarang.

Tidak cukup itu, berulang kali drama dengan jalan cerita sama ‘dihidangkan’ kepada penonton seolah-olah ia lumrah dalam kehidupan masyarakat Melayu. Misalnya, demi menjaga nama baik dan status, ibu bapa memaksa anak berkahwin dengan anak teman baik atau rakan perniagaan biarpun tahu ada hati yang terluka. Pada akhir cerita, pasangan mula curang dan menjauhi keluarga hingga ditimpa bala.

“Fenomena drama yang diadaptasi daripada novel menjadi aliran sekarang. Bagaimanapun, ia akan jatuh pada suatu hari nanti. Ia akan berlaku apabila penonton sudah mula bosan dan jumlah peratusan di stesen TV mula jatuh." Maizura Ederis, Penulis skrip bebas

Meneliti satu persatu drama Melayu dengan rating tinggi, tidak sukar melihat persamaan ditonjolkan dalam plot cerita dan skrip yang digunakan. Antara drama yang mempunyai plot jalan cerita hampir sama tetapi mendapat sambutan hangat ialah Love You Mr Arrogant, Arianna Rose, Playboy itu Suami Aku dan Setia Hujung Nyawa.

Sering dipersembahkan idea dan jalan cerita sama dalam drama Melayu, penonton boleh merumus sendiri apa yang bakal terjadi pada penghujung cerita. Apabila terlalu banyak drama membentangkan jalan cerita sama, timbul persoalan apakah penulis skrip, penerbit dan pengarah kekeringan idea atau tidak lagi kreatif dalam menghasilkan produk berbeza, segar dan menarik.

HIP mendapatkan reaksi penulis skrip drama Melayu tempatan yang menolak sangkaan itu. Kebanyakan mereka mendakwa penulis skrip mempunyai lebih banyak idea termasuk yang menjangkaui kotak pemikiran penonton. Bagaimanapun, mereka mengakui, penulisan skrip dibatasi sekurang-kurangnya dua faktor utama iaitu stesen televisyen (TV) yang terlalu mengejar peratusan tontonan tertinggi atau rating serta permintaan penonton.

Penulis akur kehendak penonton

Penulis skrip, Martias Mohd Ali menjelaskan, jalan cerita sama bukan disebabkan penulis kekeringan idea atau tidak kreatif. Sebaliknya, Martias berkata, drama yang memiliki jalan cerita sama dihasilkan atas permintaan penonton yang memberi sambutan menggalakkan setiap kali karya tema sama disiarkan. Ini menjadikan peratusan kadar tontonan drama terbabit di TV melonjak.

“Apabila ramai menonton, secara tidak langsung ia dilihat sebagai permintaan penonton yang mahukan drama begitu. Kesan daripada jumlah penonton yang ramai menyebabkan stesen TV cenderung memilih drama sedemikian. Jika dilihat, situasi ini membatasi kreativiti penulis skrip untuk menghasilkan lebih banyak karya berbeza plot ceritanya.

“Penulis skrip tidak boleh berbuat apa-apa walaupun sudah menyediakan pelbagai bahan plot cerita berbeza. Apabila penulis mempersembahkan drama di luar norma atau berbeza, sukar untuk stesen TV menerimanya. Ini kerana masyarakat kini sukar menerima jalan cerita yang dilihat sebagai ‘berat’. Lantas ini memungkinkan ‘rating’ tontonan jatuh,” katanya.

Tolak karya berat

Menurut Martias, semua yang berlaku ada alasan tersendiri. Penonton belum bersedia untuk ‘ditarbiahkan’ dengan jalan cerita yang lebih sofistikated dan ilmiah. Drama yang bersifat sofistikated, berat dan rumit dilihat menambah beban penonton untuk berfikir.

Bagaimanapun, Martis berkata, drama klise mendapat sambutan hangat kerana ia membawa elemen ringan, santai dan tidak terlalu rumit untuk difikirkan jalan ceritanya.

“Apabila seharian suntuk di tempat kerja, penonton yang dibebani tugas harian mahu sesuatu yang lebih ringan apabila pulang ke rumah.

“Penonton lebih gemar melepak sambil menonton drama yang berunsurkan percintaan, kemasyarakatan dan kekeluargaan yang dirasakan lebih ringan lagi menghiburkan. Drama begini dianggap terapi menghilangkan tekanan,” katanya sambil memberi contoh filem hebat, Psiko Pencuri Hati yang gagal meledak di pawagam kerana dianggap karya berat.

Penuhi kehendak stesen TV

Penulis skrip yang berpengalaman lima tahun dalam bidang penulisan kreatif TV, Shidah Gazali berkata, stesen TV tidak terlalu berkira sama ada drama ditayangkan klise atau berkualiti asalkan ia mencapai rating tertinggi.

“Walaupun klise, stesen TV tidak kisah. Selagi ada ramai pengikut, mereka akan terus menyajikan drama dengan jalan cerita sama. Namun hakikatnya, banyak lagi drama berbeza dan lebih berkualiti tinggi. Disebabkan permintaan penonton dan demi mengejar rating, drama plot sama terus ditayangkan,” katanya.

Shidah turut memberi contoh sebuah stesen TV yang menyediakan slot keagamaan khusus pada waktu tertentu, namun menayangkan drama berkisar cinta remaja yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk slot terbabit.

Beliau berkata, antara masalah dihadapi penulis skrip adalah terpaksa mengikut kehendak stesen TV yang mahu memenuhi permintaan penonton.

Katanya, keadaan ini menyebabkan penulis skrip tidak memanfaatkan sepenuhnya kreativiti bagi menghasilkan drama lebih bermutu.

“Penerbit drama juga tidak boleh berbuat apa-apa biarpun sudah membentangkan beberapa cadangan dan kertas kerja bagi menghidupkan elemen drama yang berbeza. Namun, keputusan masih terletak di tangan stesen TV.

“Drama yang ditayangkan mengikut musim. Tidak mustahil suatu hari nanti penonton boleh menerima plot atau jalan cerita berbeza daripada yang dipertontonkan sekarang,” katanya.

Wanita gemar cerita klise

Penulis skrip bebas, Maizura Ederis yang berkecimpung dalam dunia penulisan skrip sejak 10 tahun lalu berkata, drama klise yang menjadi kegilaan penonton bermula daripada hasil karya novel romantik berbahasa Inggeris yang popular pada era 1980-an.

Beliau berkata, drama berunsur percintaan yang terbatas seperti perkahwinan secara paksa dan cinta yang pada mulanya tidak berputik namun mekar kemudian hari, bermula daripada kisah yang diadaptasi daripada novel.

“Drama seperti itu menarik minat penonton wanita yang bekerja dan tidak memasak di rumah. Mereka membeli makan malam yang dibungkus dan menikmatinya selepas pulang kerja sambil menonton drama walaupun ditayangkan pada waktu maghrib.

“Ini kerana drama yang ditayangkan pada waktu itu lebih santai dan longgar, selain menampilkan elemen lebih manis, agak comel, menyeronokkan dan romantik yang amat digemari kebanyakan wanita,” katanya.

Disebabkan terlalu banyak permintaan drama klise, Maizura mengakui sudah hilang selera untuk menulis jalan cerita yang sama walaupun pernah menghasilkan sebuah karya diadaptasi daripada novel, Kasih Yang Suci tulisan Meen Zulaika.

“Fenomena drama yang diadaptasi daripada novel menjadi aliran sekarang. Bagaimanapun, ia akan jatuh pada suatu hari nanti. Ia akan berlaku apabila penonton sudah mula bosan dan jumlah peratusan di stesen TV mula jatuh,” katanya.

Monday, December 30, 2013

Novel Online Diadaptasi - The Wedding Breaker (Evelyn Rose) :- Ariana Rose nanti peminat

Oleh Syarrizuan Abdul Rashid
HIP - Berita Harian
30/12/2013

Drama bersiri diangkat daripada novel terlaris, The Wedding Breaker isi slot Akasia di TV3 malam ini

Mencipta fenomena tersendiri, slot Akasia yang disiarkan TV3 kembali dengan drama rantaian terbaru berjudul Ariana Rose yang diangkat daripada novel terlaris, The Wedding Breaker.

Drama bersiri dibintangi Keith Foo, Nur Fathia, Tasha Shilla dan Nabila Huda menyajikan kisah kekeluargaan dan percintaan yang mengheret kepada konflik serta dilema sehingga mengundang kejadian tidak disangka-sangka.

Kisahnya bermula apabila watak utama drama ini, Ariana yang dilakonkan Nur Fathia bersetuju membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita (lakonan Tasha) menyamar sebagai kekasih kepada bakal suami kawan baiknya itu. Taktik itu dilakukan dalam usaha menggagalkan perkahwinan yang dirancang antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, Ariana sanggup mengaku dia sedang mengandung anak Tengku Adam (Keith) iaitu bakal suami rakannya pada hari pernikahan mereka. Ini semata-mata bagi memastikan Tengku Juwita tidak mengahwini lelaki yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Biarpun berjaya membatalkan perkahwinan itu, tindakan Ariana menyebabkan satu demi satu konflik berlaku termasuk yang menjejaskan reputasi keluarga ternama itu. Lebih dramatik, Ariana Rose menjadi korban dan mangsa rogol Tengku Adam.

Kisah tragik dalam drama itu bakal dirungkai dalam 28 episod yang mula ditayangkan, malam ini. Drama bersiri Ariana Rose diarah Raja Alauddin Shah manakala skripnya ditulis Sofia Rhyland.
Menyedari sambutan baik terhadap novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose yang memiliki pengikut fanatiknya sendiri, pengarah, penerbit dan pelakon drama bersiri ini mula risau menunggu maklum balas peminat.

Nur Fathia mengakui dia mendapat pelbagai maklum balas daripada pembaca setia novel itu yang mahu lakonannya memenuhi setiap kriteria watak Ariana Rose seperti dalam novel termasuk cara penampilan.

"Bayangkan, ada satu babak di mana Fathia pergi mencari dan membeli baju warna kuning seperti dalam novel. Ini kerana pembaca sudah meminta pastikan watak ini mengenakan pakaian yang ditulis dalam novel berkenaan," katanya yang teruja melakonkan watak Ariana yang memerlukannya ‘bermain’ emosi.

Nur Fathia berkata, biarpun mengakui tertekan, komen dan pandangan pembaca setia novel terbabit membantunya menjayakan watak Ariana.

Dalam perkembangan lain, diusik soal hubungannya dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, Fathia hanya meminta peminat mendoakan mereka bertemu jodoh. Ternyata, gadis ini enggan mengulas lanjut biarpun didesak beberapa kali.

Aktres berkulit cerah itu, memberitahu dia berazam memastikan pengajiannya dalam bidang undang-undang dapat dihabiskan menjelang akhir tahun depan, selepas tertangguh sebelum ini.

Keith risau reaksi peminat

Keith yang memegang watak Tengku Adam mengaku gementar menanti reaksi penonton. Ini kerana bimbang tidak memenuhi kehendak penonton membawakan watak terbabit.

"Saya sudah berikan yang terbaik... Saya harap penonton akan menggemarinya," katanya yang mengakui sedang bahagia dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu.

Keith yang sebelum ini mencipta nama di Indonesia menerusi siri sinetron terbitan produksi negara itu berkata, dia masih menerima tawaran dari Indonesia. Namun, dia perlu menyusun jadual bagi memastikan dapat memberikan komitmen terbaik.

"Saya selesa di Malaysia dan senang di Indonesia. Walaupun menetap di Malaysia, saya tetap berhubungan baik dengan produksi yang masih memberikan tawaran dan memahami keadaan saya," katanya yang kagum dengan peralatan produksi di negara ini yang lebih canggih.

Sementara itu, penerbit drama Ariana Rose, Ziela Jalil berkata, pihak produksi berusaha sebaik mungkin bagi memastikan penonton terutama pembaca setia novel The Wedding Breaker berpuas hati dengan jalan cerita dipaparkan.

“Sambutannya sangat mengejutkan. Pada peringkat awal, kita sudah menerima pelbagai pandangan. Malah, kita cuba sebaik mungkin termasuk menjalankan penggambaran di London seperti jalan cerita dalam novel itu," katanya sambil menambah akaun khas Facebook Ariana Rose sudah dibuka dan mencatat 8,000 ahli setakat ini.

Ziela berkata, drama bersiri terbaru itu tidak mempunyai suntingan babak tetapi beberapa penambahan dibuat bagi menyesuaikannya dengan jalan cerita sebuah produksi drama.

Novel Belian April 2013

  • Asam Pedas Untuk Dia - Nureen Mirza
  • Dia Tak Tanya - Aleya Aneesa
  • Kalau Memang Harus Begitu - Acik Lana
  • Kerana Terpaksa…Aku Relakan - Umie Nadzimah
  • Kurnia Untukku - Liz Haliza
  • Sehangat Asmara - Aisya Sofea

Novel Belian Mac 2013

  • Cinta untuk Disewa - Lynn Dayana
  • I Love U, Stupid! - Melur Jelita

Novel Belian Feb 2013

  • Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar
  • Cahaya Qaseh - Kathy Tuah
  • Kami Dah Kahwinlah! - Lisa Muhamad
  • KNK Kisah Naz & Khaalish - Hanina Abdullah
  • Siapa Orang Gajiku - Azimah Lily
  • Suamiku En Perfect 10 – Syamnuriezmil

Novel Adik Beli - 2013

  • Mampu Mencintaimu - Auni Amauni - Mar 2013
  • Cinta Itu Milikku - Dayana Darwisy - Mar 2013
  • Coke & Sundae II - Mar 2013

Novel Pinjam

  • Dia Lebih Mengerti - Norhayati
  • Suamiku Ustaz - Hannah Dhaniyah

Novel Adik Yang Beli - 2012

  • Tertulis Buat Kita - Dhiya Zafira
  • Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah
  • Suamiku Vampire - Rai Natsumi
  • Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana

Novel Belian Dis 2012

  • Oh, Mama Tiriku! - Herna Diana

Novel Belian Sept 2012

  • Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Novel Belian Jun 2012

  • Jodoh Kau & Aku - Afifah Yusof
  • Suami Yang Kubenci - E-man Sufi
  • Tak Mungkin Kuhindar - Ana Sofiya

Novel Belian Mei 2012

  • Dia Segalanya - Sha Ibrahim
  • Kau, Aku, Kita @ Iman Firdaus - Orkid Edilyne
  • Maaf Jika Aku Tak Sempurna - Acik Lana
  • Pukul 3 Pagi - Aina Emir

Novel Belian April 2012

  • Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar
  • Awak Suka Saya Tak? - Melur Jelita

Novel Belian Mac 2012

  • Calon Jodoh Buat Adik - Areila Sahimi
  • Cinta Tak Terucap - Imani Hatta
  • Isteri Separuh Masa - Sury Ryana
  • Pabila Cinta Memanggilku - Syamnuriezmil
  • Erti Cinta - Maria Kajiwa

Novel Belian Nov 2011

  • Usai Aku Terima Nikahnya - Umie Nadzimah

Novel Belian Okt 2011

  • Teman Serumah - Zuera Rasiddin
  • Mahar Cinta Cinderalela - Maya Iris
  • Aura Cinta - Aina Emir
  • Maafkanku Sayang… - Mimie Afinie
  • Tinggallah Pujaan - Mimie Afinie
  • Mandala Dunia Kedua - Azizi Abdullah
  • Rona-Rona Cinta Damascus - Sheila Wani

Novel Belian Ogos 2011

  • Yes Boss! - Areila Sahimi
  • Uda & Dara - Aisya Sofea
  • Kalau Sudah Sayang - Fieyza Fadlina
  • Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah
  • Cantiknya Si Comot - Miazal Zahra
  • Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  • Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Novel Belian Jun 2011

  • Syurga di Wajahmu - Laila Hanni
  • Gelora - Ma Lee Chuan
  • Anaknya Anakku Jua - Anarif
  • Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah
  • 7 Hari Mencintaimu - Siti Rosmizah
  • Pelukan Cinta - Amisha Dania

Novel Belian Mei 2011

  • Lovin' You - Haruno Hana
  • Biar Jadi Kaktus - Iffa Zalia
  • Selagi Ada Dia - Aisya Sofea

Novel beli di PBAKL April 2011

  • Adam & Hawa - Aisya Sofea
  • Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
  • Arca Kasih - Norzailina Nordin
  • Arjuna Hati - Norzailina Nordin
  • Berjuta Warna Pelangi - Iris Ixora
  • Biarlah YM Berbicara - Hanni Rasul
  • Bila Hati Kata Sayang - Marissa
  • Bunga-Bunga Kemboja - Aina Emir
  • Doktor Cinta - Dydila
  • Hanya Kita Berdua - Aina Emir
  • Hati Bergetar Rindu - Dhiya Zafira
  • Impian Terindah - Norzailina Nordin
  • Kalau Dah Jodoh - Mimie Afinie
  • Matahariku - Aina Emir
  • Nian di Hati - Elin Nadia
  • Selamat Malam Kekasih - Aina Emir
  • Sesuci Kasih Seorg Isteri - Dzie Tyea
  • Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyline
  • Yang Mana Satu? - Emma Maizura

Novel Belian April 2011

  • Pilihan Mama - Umie Nadzimah
  • Coke & Sundae - Ilya Abdullah
  • 566 Hari Mencari Cinta - Ilya Abdullah
  • M.A.I.D - Sury Ryana

Novel Belian Mac 2011

  • Penjara Rindu - Nia Arissa
  • Jendela Kaca Annur - Diya Nordin
  • Suamiku Sepupuku - Lynn Allyna
  • Dosa Semalam - Adilla Tasha
  • Kau Milikku - Aisha Hamza
  • Ad + Iz - Eury Athena
  • Jodoh atau Cinta - Iman Nizrina
  • Single Unavailable - Nurina Izzati
  • Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar
  • Warna Hati - Meen Zulaikha
  • Relaku Menanti - Damnya Hana
  • Terlanjur Mencintaimu - Syamnuriezmil
  • Hadirmu Takdirku - Alina Haizar

Novel Belian Febuari 2011

  • Kudamba Rindu - Dhiya Zafira
  • Kau Kekasihku - Anis Ayuni
  • Setulus Janji - Aina Emir
  • Rindu Belum Berhenti - Dhiya Zafira
  • Tiga Wajah - Lamia Aimal
  • Waja - Lamia Aimal

Novel Belian Januari 2011

  • Yang Terindah - Anis Ayuni
  • Ada Dalam Hati - Sue Rasmin
  • Cinta Yang Terpilih - Sri Diah
  • Rindu Untuk Dia - Dhiya Zafira