
Hari ni sudah masuk 11 Syawal, buat mereka yang masih meneruskan puasa di bulan Syawal ini, selamat berpuasa...
Sekadar menjenguk dan mengemas blog ini sementara sempat singgah hari ini.
Berkaitan novel dan raya, sempat saya membaca 2 buah novel (adik saya yang bagi pinjam novel kawan dia) ketika tiada tetamu datang bertandang ke rumah.
Novelnya adalah..... Suami Aku Ustaz oleh Hannah Dhaniyah dan Dia Lebih Mengerti oleh Norhayati Berahim. Kedua-duanya best!!!
Selain itu, sempatlah juga di satu hari raya saya jenguk internet (laptop adik dibiarkan on, tuannya gi beraya), terjumpa satu blog Bingkisan Hati Setulus Kasih (http://dayanadarwisy.blogspot.com/) seronok pula layan baca cerita Si Pencuri Hati. (^_^)...
Itu sahaja yang ada untuk dicoretkan.
Banyak novel-novel online tengah berada di pasaran, belum berkesempatan untuk mendapatkan novel-novel yang ingin saya milikki. :-(
Salam sayang, Salam Hari Raya,
Seorg Wanita
Syawal 1433H