Saya sekadar menulis sedikit untuk sorotan sendiri tentang saya dan novel di tahun 2012.
Gembira
* melihat betapa banyak novel-novel baru berada di pasaran sehinggakan pening kepala bila 'window-shopping' novel kerana banyak sangat, sampai tak kenal penulis-penulis baru..hehehe. Makin berkembang industri novel Melayu, maknanya makin ramai peminat & pembaca novel Melayu, kan?
* banyak novel-novel online yang saya baca @ ikuti sebelum ini telah berada di pasaran.. seronok melihat usaha setiap penulis, daripada menulis sedikit demi sedikit di blog masing-masing, akhirnya berjaya dibukukan. Malah ada yang sedang berusaha memasarkan sendiri novel mereka secara online juga.
* ada novel-novel yang saya suka, telah dibeli oleh adik-adik kesayangan saya... dapatlah kongsi baca.. :-) untung dapat adik-adik yang mempunyai minat yang sama = suka baca novel. Terkini, terkejut saya bila bertemu Tertulis Buat Kita, Suamiku Vampire dan Musuhku Suamiku di rumah adik saya, hanya dapat bawa lari TBK sahaja, yang lain dipegang erat oleh tuannya.. :-)
Sedih
* banyak novel yang telah disenaraikan di atas 'Novel Online Yg Ingin Dibeli' yang telah berada di pasaran tidak dapat saya beli... :-(
Bagi tahun 2012, saya ada membeli buku-buku yang lebih penting dan lebih mahal nilainya untuk keperluan masa depan, jadi terpaksalah saya potong peruntukan untuk membeli novel... InsyaAllah, dalam tahun 2013, moga dapatlah kiranya saya mendapatkan novel-novel yang disenaraikan di atas tu.. :-)
* juga sedih kerana masih belum dapat memulangkan novel-novel yang saya pinjam daripada kawan baik saya. Dah nyaris-nyaris dapat jumpa 2 minggu lepas.. :-( kena berusaha lagi untuk buat 'appointment' dengan BFF saya ni..
Semoga tahun 2013 lebih baik daripada tahun 2012 buat kita semua, insyaAllah...
Luv,
Seorg Wanita
a) harga - tentulah harganya lebih daripada biasa...
b) berat - nak bawa ke hulu ke hilir jadi susah sikit...
c) masa untuk habiskannya - almaklum agak sibuk...