Buku - kena sentiasa bawa ke hulu ke hilir, ada yang tebal, beratlah... tahu berapa muka surat, rasa macam lama, kena concentrate baca sampai habis, quite terbelenggu dengan novel tu sebab nak estimate berapa lama masa yang diambil utk habiskan buku tu. Terasa dah lama baca tapi kenapa tak abis-abis lagi? sayang kalau buku tu terlipat atau terosak sedikit almaklumlah dibeli..takmo comot or berkedut...
Tambahan - 21/02/2011
* Bila start baca novel...kita seolah-olah masuk ke "dunia" novel tu..sangguplah tak makan, tak minum dan tergendala banyak perkara kerana asyik dengan novel tu. Tapi bila dah habis baca, satu kepuasan yg tak dapat digambarkanlah.... terbawa-bawa dengan watak-watak dan jalan cerita dalam novel tu beberapa hari mungkin barulah boleh keluar daripada "dunia" novel tu.
* Dapat novel yang menyentuh perasaan, memang air mata saya tak berenti mengalirlah jawabnya, dapat jalan cerita yg penuh kasih-sayang, romantik...memang senyuman tak lekang di bibir (org lain mesti kata macam org tak betul!)
* Seronok sebab puas hati jadikan koleksi peribadi...boleh ulang baca berulangkali sampai boleh ingatlah kata-kata special dalam novel tu... :-)
Online - baca bila mengadap komputer dan on internet, tak tau baper muka surat sebab baca dari atas turun ke bawah, cuma scroll down sampai abis... jadi otak tak stress sbb tak tau baper lama masa akan diambil untuk abiskan mana-mana novel online... dapat yang panjang berjela, lamalah baca...terutamanya bila jumpa citer best yang dah complete, maunya berjam-jam baca dari awal sampai abis sebab nak tau ending. sakit mata dan tulang belakang dok mengadap komputer...hehehee... dapat yg masih ditulis atau dipublish sikit-sikit oleh penulis, sikit ajerlah.. tapi boleh jer merayap baca novel lain masa tengah baca, maksudnya 2 3 novel boleh baca serentak..
Ok, ni pendapat dan perbandingan yang saya buatlah...bukan arif pun pasal novel sekadar baca dan komen sikit-sikit ajerlah.
Kekadang terasa ada novel online yang best sangat rasa macam patut dibukukan sebab suka bangat ceritanya dan rasa macam jauh lebih baik daripada yang telah dibukukan. Semua tu, pandangan masing-masing... cuma, saya bukanlah pandai tulis novel sebab tu tak pandai komen lebih-lebih....
Kekadang tension gak tunggu novel online yang best-best bila nak kuar, bila nak disambung oleh penulisnya atau ada yang tergantung tak dibagitau samada akan diterbitkan atau tak ataupun bila nak tunggu yang diterbitkan akan berada di pasaran.
Huhu..macam-macam komplenlah pulak saya ni.
jemput bce novel sya..hehe
ReplyDeletejalan2 kat sini...trima kasih sebab baca enovel shima erk. tapi tu laa online ni amik masa skit nak habisknnya. pulak tu tensen gak kalau cerita tergantung erk.. tapi insyaallah enovel shima pasti akan ada endingnya. cuma lambat n cepat je nak dihabiskan...
ReplyDeleteTerima kasih buat amira dan hawashima atas kunjungan... terima kasih sebab pandai dan rajin tulis cerita-cerita yang best! All the best to u!!!
ReplyDelete